Wednesday, October 14, 2009

Terima kasih Dr. Normaliza

Dr Normaliza telah mengajar saya selama dua semester. Pada mula-mulanya, saya amat takutkan beliau. Saya masih ingat ada sekali, beliau tanya kawanku bahawa "Siapakah nama saya?""Siapakah nama bapa saya?" Pada masa itu, saya rasa takut. Saya cepat-cepat menghafalkan nama Dr.

Dr. memang seorang pensyarah yang tegas. Banyak peraturan telah beliau tetapkan. Tapi baik juga, menyatakan apa yang mahu terlebih dahulu. Kami boleh ikuti dan tidak akan melakukan sebarang kesalahan. Selepas lama bersemuka dengan Dr. baru saya dapati Dr. adalah seorang pensyarah yang mesra. Beliau suka mengurau dengan kami. Tapi setiap pengajaran dan pembelajan yang ditetapkan oleh beliau, beliau tetap menjalani dengan penih tanggungjawab.

Dalam semester ini,kami mengambil kursus teknologi maklumat, bahasa dan kesusasteraan. dengar tajuk sudah takut. Mesti sangat susah... dua kelas teori telapun Dr. mengajarkan. Kelas teori pertama, saya terlupa membawa kamera... Banyak nota saya tertinggal... Walaupun kawanku telah menolong saya dengan menghantarkan gambar tersebut melalui e-mail. Tetapi gambar itu kabur... Banyak isi saya tidak dapat membaca... Nasib kurang baik, Final exam ini banyak soalan dikeluarkan berdasarkan kuliah tersebit. Kesallah saya. rugi besar!!!! Bagi kelas teori kedua pula, saya ingat bawa kamera. Selepas habis kuliah, saya cepat-cepat mengemaskan nota saya. Berdasarkan nota tersebut, banyak membantu saya dalam peperiksaan.

Dalam kumpulan pula, kumpulan kami bernama WIKI. sedapnya nama ini. Ahli kumpulan terdiri daripada enam ahli iaitu Wai Yong, Man Ying, Wai Hong, Hui Ying, Chwee Hwa dan saya. Masih ingat tugasan kumpulan pertama adalah meletakkan lagu di powerpoint. Sebenarnya tugasan tersebut tidak susah. Cuma dalam proses mendengar lagu, mencatatkan lirik lagu dan mencatakan masa. Proses mencatatkan masa memang sukar. Betapa banyak kali kami mendengar lagu tersebut. Sehingga kami dapat menghafalkan lirik lagu sehingga kami boleh menyanyi lagu tersebut dalam mimpi. tugasan tersebut baru siap. pada masa itu sudah dekat 1pm. Dalam tugasan tersebut saya dapat pelajari bagaimana 'burn' CD dengan menggunakan Window XP. Sebelum ini, saya menggunakan software NERO untuk burn CD. Saya gembira kerana puas hati dengan tugasan kami. Akan tetapi, sesetengah kumpulan menjalankan tugas dengan kurang sempurna terpaksalah membuat semula.

Salah satu tugasan kumpulan yang menyakiti hati saya ialah menuliskan esei "Peranan Pencipta Laman Web Terhadap Software Bahasa" sebanyak 30 mukasurat tanpa merujuk sebarang rujukan. Kami memang berusaha menjalani tugasan kami dengan sempurna. Tugasan kami disiapkan agak cepat, tapi semasa kami menyiapkan tugasan kami jugalah hampir 1pm. Mengapa saya rasa tugasan kami disiapkan agak cepat? Ini adalah ahli kumpulan kami agak bijak. Dua buah labtop telah dibawa suapaya masa menaip dipendekkan. Semasa menghantar tugasan kami melalui e-mail, kami telah hantar salah alamat. Nasib baik tugasan kami akhirnya dapat cari balik. Kami menjalankan tugasan kami di Latar Siswa. Saya nampak ada sesetengah kumpulan sambil makan rambutan sambil menjalankan tugas. Cemburulah saya... Kami menjalankan tugas sehingga pengawal universiti menghalau kami balik kerana dia nak menutup lampu. kesian lah kami. Yang paling menyakiti hati saya ialah.... apa yang kami jalankan. Telahpun disyaki oleh Dr. bahawa kami ciplak.... sakitlah hati... Saya cuma memperjelaskannya dengan memberi komen di blog Dr. Dr, tidak balas, tidak tahu percaya atau tidak.

Sekarang merenung balik memang bahaya seorang wanita balik larut malam demi menghabiskan tugasan...

Dalam lab, Dr. telahpun mengajarkan kami menulis blog, esastera dan facebook. Mula-mula saya rasa sangat sukar untuk menciptakan teka-teki dan menyajak. Lama-kelamaan saya cinta akannya terutama berfacebook. Sekarang setiap pagi, saya pasti akan berfacebook sebelum pergi sekolah. Ia juga menjado suatu ketagihan. Dalam Kuliah Dr. saya telah menulis sajak pertama. Saya akan memperkenalkan sajak pertama kepada anak murid saya pada suatu hai nanti. Saya memang ranjin menulis blog, saya juga suka memberi komen di blog kawan-kawan. Tapi rasanya bukan semua kawan saya menulis blog. Betapa susah saya mencari blog supaya dapat memberi komen saya.

Kadang kala saya berasa cara saya mengajar di kelas juga sama dengan cara Dr. mengajar di kuliah. Tegas ... Kadang-kala suka bergurau... patuhi waktu... Tidak suka murid-murid malas atau lewat hantar kerja... Dengan ini, saya memang faham perasaan Dr. cuma yang berbeza adalah Dr. adalah Dr. saya adalah guru sekolah rendah.:(

Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Normaliza Abdul Rahim yang telah mengajar saya.

Wednesday, September 16, 2009

MURID-MURIDKU







Saya telah mengajar di sini selama lima tahun. Salah satu kelas yang telah saya mengajar selama empat tahun adalah kelas K. Saya mengajar kelas mereka sejak mereka tahun tiga, kelas k cuma ada 22 orang murid-murid sahaja. Keputusan kelas tersebut kurang baik. Mereka juga adalah pendiam. Mereka tidak sama dengan kelas lain. Ketika guru tiada dalam kelas (biasanya murid-murid akan bersembang atau buatkan sesuatu dalam kelas), tetapi kelas ini adalah berbeza dengan kelas lain. Mereka diam dan duduk di dalam tempat sendiri. Sesiapa yang melalui kelas ini akan anggap kelas ini ada guru di dalam bilik darjah. Ketika saya mengajar, mereka juga kurang memberi pendapat. Ini adalah kerana mereka takut membuat kesalahan. Keadaan ini telah berubah setelah saya memberikan motivasi selama 6 bulan. Tetapi bukan senang mengajar kelas ini, kerana mereka bukan pandai sangat. Oleh itu apa yang diajar, saya perlu berulang beberapa kali. Kadang-kadang saya perlu mengulangi sampai 10 kali. Tetapi, kebersihan kelas ini memang baik. Setiap kali pertandingan kebersihan kelas, kelas ini mesti mendapatkan johan. Seterusnya, mereka memang berdikari. Sekiranya berlaku apa-apa di dalam kelas, mereka akan menyelesaikan masalah sendiri. Selepas itu, barulah mereka lapor peristiwa itu kepada saya. Oleh kerana mereka yang berdikari, ia telahpun meringankan kerja saya. Mereka telah tamat persekolahan, saya memang sayang akan mereka. Saya harap mereka akan berjaya dalam masa depan mereka.
Suatu kelas lagi yang saya ajar adalah kelas M. walaupun kelas ini adalah kelas yang baik. Tapi, saya memang geram ketika mengajar mereka. Kadang-kadang saya mengajar dalam kelas, mereka diam sahaja walaupun mereka tahu apa jawapannya, Sekaranya saya cadangkan menjalankan suatu kursus untuk mereka supaya mereka boleh yakin pada diri sendiri dan berupaya menyampaikan pendapat diri di depan orang ramai. Kelas ini mereka macam sebuah mesin yang hanya tahu membuat kertas ujian. Selain daripada itu, apa-apa yang saya tanya mereka tidak tahu. Dengan ini, saya selalu tanya mereka soalan-soalan yang berkaitan dengan pengetahuan am. Seterusnya, saya mengajar mereka mencari maklumat melalui internet. Sekarang, mereka juga ‘pakar’ menggunakan teknologi maklumat.
Kadang-kadang saya akan merenung kembali, adakah saya terlalu garang, menyebabkan mereka tidak berana menyampaikan sendiri? Saya cuba mengubahkan cara

Monday, September 14, 2009

praktikum

Baru-baru ini, sekolah saya ada dua orang guru yang memulakan praktikum. Sebenarnya guru C merupakan guru amat matang dan mempunyai pengalaman mengajar agak lama manakala Guru L pula umurnya lebih muda dan lebih manja. Kadang-kadang dia juga adalah seorang penakut. Akan tetapi saya jumpa suatu keadaan yang aneh. Kali ini, guru C berasa risau akan praktikumnya. Dia bimbang murid-murid yang kacau ketika dia mengajar. Dia risau ada kekurangan dalam rancangan mengajarnya. Dia lagi membimbangkan bahasa yang dia gunakan mempunyai kesalahan tatabahasa. Bagi guru L pula, dia tenang dan sabar. Pada masa ini, guru C yang risau selalu ‘memaksa’ guru L cepat-cepat menyiapkan kerja sendiri. Bagi guru L, dia rasa kerja adanya masa yang agak panjang untuk menyelesaikan, tidak perlu buat lagi. Tiba-tiba saya berasa amat kesian dengan guru L. ini adalah kerana saya teringat waktu saya praktikum, saya juga selalu ‘memaksa’ kawan-kawan saya menjalankan kerja sendiri. Di sini, saya ingin memohon maaf dengan kawan-kawan yang berpraktikum saya.
Masih ingat praktikum fasa I, sekolah pratikum saya agak jauh dari maktab saya. Tiap-tiap pagi saya perlu bangun awal memandu selama setengah jam pergi ke sekolah saya. Pada masa itu, kemungkinan rasa ingin menjalankan praktikum dengan baik. Ia telah menyebabkan saya tidak boleh tidur pada waktu malam sepanjang waktu saya menjalankan pratikum saya. Sekolah itu mempunyai lebih kurang 700 orang murid-murid. Suasana sekolah agak baik. Saya masih ingat di sekolah tersebut mempunyai seorang makcik. (ibu murid saya) Tiap-tiap pagi, dia akan membelikan saya sarapan pagi. Saya amat rindu akan makcik tersebut. Kami juga melukiskan mural di sekolah tersebut. ( sebenarnya, saya pun tidak lukis apa-apa, saya cuma menolong membersihkan alat-alat. Maafkan saya yang tidak mahir dalam bidang ini). Pada hari akhir saya mengajar di sekolah tersebut, saya masih ingat ketika kami ingin balik rumah. Tiba-tiba semua murid-murid yang saya ajar masuk ke dalam pejabat guru sambil menangis sambil membelikan hadiah. Seterusnya mereka beratur di tangga sekolah dan mengucapkan selamat berpisah. Pada saat itu, saya rasa saya seperti seorang artis (memalukan).
Pada praktikum fasa II pula, saya pergi ke sekolah yang berdekat dengan maktab saya. Setiap pagi saya paling lewat bangun dan akan balik ke sekolah paling awal (seronoknya). Pada masa itu, saya dapat tidur lena. Kemungkinan saya sudah biasa dengan praktikum, tiada sebarang tekanan. Guru bimbingan saya merupakan seorang guru berpengalaman tetapi dia baru mengajar di sekolah tersebut. Pada suatu hari, guru bimbingan saya bertanya saya bahawa bagaimana saya mengawal disiplin kelas. Saya berasa terkejut, apa kesalahan yang telah saya lakukan. Rupa-rupanya, dia memuju saya dapat mengawal kelas dengan baik, dia ingin belajar bersama-sama saya.( Ini adalah cerita benar, saya tidak bohong.) Saya tidak suka suasana sekolah tersebut, walaupunsekolah besar, dekat dengan maktab saya. Ini adalah kerana saya rasa ada pertelingkahan antara guru dengan guru.
Sekarang saya mengajar di sekolah saya selama lima tahun. Saya amat berpusa hati dengan sekolah saya. Suasana sekolah yang baik dan mempunyai rakan sekerja yang selalu menolongkan saya. Saya amat bersyukur.

Tuesday, September 8, 2009

Taat

Seorang anak yang bekerja di New York, bapanya sakit tenat di kampungnya. Anaknya terpaksa balik kampong melawati bapanya. Selepas bapanya menjumpai anak. Tidak tahu sebab apa, dia pun sembuh. Anaknya berasa sangat gembira, balik ke New York. Akan tetapi, beberapa hari kemudian, adiknya menelefonnya dan memberitahu bahawa bapanya sakit tenat lagi. Dia terpaksa balik ke kampong sekali lagi demi melawati bapanya. Seperti kali pertama, selepas dia balik ke kampung. Bapanya pun sembuh. Dia menemai bapanya selama dua minggu. Oleh kerana tidak boleh memohon cuti yang panjang, dia terpaksa balik ke tempat bekerja. Sebelum pulang, bapanya meminta maaf bahawa dia sendiri tidak mati dalam masa yang sepatutnya dan menyebabkan anaknya sibuk lari sana lari sini. Tidak lama kemudian, bapanya pun meninggal dunia. Wasiat bapanya adalah menjalankan upacara pengebumian secara ringkas tanpa memberitahu anaknya yang berada di New York. Kerana dia tidak ingin mengganggu anaknya lagi.
Artis terkenal Jackie Chan juga selau dipuji oleh orang lain bahawa dia adalah seorang anak yang taat kepada ibu bapa. Jackie Chan pernah berkata dalam suatu temu bual bahawa “Ibu saya sakit dan baring di atas katil selama 6 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Kalau saya selama 6 tahun ini tidak pergi mana-mana, hanya menemaninya. Adakah bermakna saya anak yang taat? Akan tetapi, saya tidak menemainya, saya bekerja keras di luar. Adakah saya adalah anak yang tidak taat kepada ibu bapa?”
Selepas membaca kedua-dua cerita ini, saya berasa terharu. Akan tetapi, beberapa soalan timbul dalam mindanya. Bagaimanakah baru boleh dikatakan anak yang taat? Adakah anak cerita pertama taat? Apakah sebenarnya ibu bapa kita harapkan?
Kedua-dua cerita ini adalah ditulis oleh seorang penulis yang berbangsa Cina. Namanya Liu Yong. Beliau adalah seorang penulis yang saya amat kagumi. Beliau bukan sahaja seorang penulis, bahkan seorang pelukis. Beliau pakar dalam lukisan dakwat (lukisan yang dilukis hanya menggunakan dakwat). Beliau pernah mengadakan pameran lukisan di seluruh dunia. Liu Xuan juga pernah mengeluarkan buku Inggeris. Beliau mempunyai dua orang anak. Anak perempuannya bernama Liu Qi Fan manakala anak lelakinya bernama Liu Xuan. Beliau penah mengeluarkan sebuah buku bersama-sama anaknya Liu Xuan.
Semoga saya dapat memterjemah cerita-cerita Liu Yong dengan baik. Saya meminta maaf sekiranya membuat sebarang kesalahan dalam memterjemah cerita-cerita tersebut..

Friday, September 4, 2009

Perkahwinan

Pada hari Isnin yang lalu, saya telahpun menonton wayang ‘Up’. Wayang ini memang bagus, bukan sahaja wataknya comel, muzik yang merdu. Yang paling menarik saya ialah isinya. Ia telah menyatakan seorang lelaki berjanji dengan seorang perempuan bahawa pergi meneroka bersama. Akan tetapi selepas mereka kahwin, mereka sibuk dengan kehidupan hariam mereka. Selepas isterinya meninggal dunia, barulah dia teringat bahawa dia tidak menunaikan janjinya. Pada masa itu, pihak berkuasa ingin meruntuhkan rumahnya yang penuh kenangan isterinya. Dia pun membuat keputusan bahawa pindahkan rumah ke tempat idamannya dengan belon. Selepas menonton wayang ini, saya memang terharu. Sesiapa yang akan menunaikan janjinya dengan seratus peratus? Kemungkinan saya sendiri pun ada sesuatu janji yang saya lupakan.
Semalam, saya telah melayani ‘youtube’ untuk menonton video. Video-video yang saya pilih kebanyakan tajuknya berkaitan dengan perbezaan antara lelaki dan perempuan. Baru saya tersedar banyaknya perbezaaan antara lelaki dan perempuan. Lelaki tidak faham mengapa perempuan suka membeli-belah. Lelaki juga tidak faham mengapa dalam almari perempuan selalu kurang sehelai baju ? Dia lagi tidak faham mengapa perempuan hanya ada sepasang kaki tetapi memerlukan banyak kasut. Pada masa ini, perempuan pula tidak faham mengapa lelaki tidak suka mandi? Perempuan juga tidak faham mengapa lelaki mementingkan kereta daripada temannya. Perempuan lagi tidak faham mengapa lelaki akan mendengar nasihat kawannya berbanding dengan isterinya.
Saya mendapati banyak suami isteri selepas bersama beberapa tahun, mereka akan tipu antara satu sama lain. Kemungkinan ia adalah perkara kecil. Tetapi mengapa tipu antara satu sama lain. Contohnya Suami tidak berani memberitahu isterinya dimanakah semalam dia pergi. Kemungkinan si suami ini hanya pergi bersembang engan kawan sahaja. Ataupun Si isteri tidak berani memberitahu suaminya berapa harganya beg tangan yang baru beli?
Dalam minda saya, muncul satu soalan. Kalau ada banyaknya perbezaan patutkah saya berkahwin? Setiap manusia di dunia ini, adalah berbeza. Kita tidak mungkin dapat cari teman seratus peratus dengan diri kita. Kalau bertimbang rasa, adakah kita dapat bertimbang rasa seumur hidup? Kalau boleh, mengapa ada lagi penceraian? Kadang-kala saya juga berasa kahwin memanglah suatu perkara yang payah. Dua manusia yang berbeza hidup dalam suatu bumbung seumur hidup. ‘seumur hidup’ bukan senang. Tambah-tambah lagi, perkahwinan bukanlah hanya melibatkan dua orang sahaja, ia telahpun melibatkan dua keluarga. Begitulah banyak masalah akan muncul.
Kesimpulannya, kahwin bukan sesuai semua manusia terutamanya mereka yang tidak tahu bertimbang rasa. Kalau anda adalah manusia yang tidak tahu bertimbang rasa, lebih anda berseorangan berbanding dengan berkahwin, setujukah anda?

Thursday, August 27, 2009

Kesihatan badan

Cerita minggu ini adalah cerita ibu saya. Ibu saya berkahwin ketika umur 21 tahun (Ibu saya dianggap kahwin awal bagi orang cina). Saya dilahirkan ketika ibu saya 22 tahun. Sebenarnya saya tidak berapa ingat dan tahu kejadian tersebut. Semua ini mendengar cerita dari mulut orang tua.Semasa ibu mengetahui dia mengandung. Dia ingin mengugurkan embrio (iaitu saya) tersebut. Ini disebabkan masalah ekonomi. Menurut ibu saya, dia telah membuat temujanji untuk pengguguran anak.Ketika ibu saya ingin keluar dari rumah. Makcik Yan datang dan dia mengetahui tindakan ibu saya. Dia menghalang ibu saya dan memberitahunya ini adalah suatu dosa. Dengan ini, saya berpeluang untuk terus hidup dalam dunia ini. Menurut bapa saya pula, semasa saya dilahirkan ekonomi rumah saya memang susah. Mereka terpaksa menjual motorsikal demi perbelanjaan di dalam hospital.

Ketika saya berumur tiga tahun. Ibu saya menjangkiti kanser leher rahim. Atas pertolongan saudara mara, ibu saya berpeluang pergi ke Hospital UM untuk menjalankan pembedahan. Pada ketika itu, perubatan di kampung saya kurang maju. Bapa saya tidak meneman ibu saya kerana tiada orang yang jaga saya. Nasib baik, pembedahan berjaya. Ibu saya pun sembuh.

Sebenarnya, ibu saya patut memeriksaan rahimnya setiap tahun. Saya pun tak tidak tahu sebab apa, kemungkinan terlupa ataupun sibuk. Ibu saya tidak menjalankan pemeriksaan selama empat tahun berturut-turut.

Saya masih ingat pada akhir tahun 2004, kami sekeluarga bercadang melancong. ibu saya mengadu bahawa sakit pinggang. Selepas pemeriksaan doktor, baru kami tahu rahimnya mempunyai tumor berdarah, tumor berair dan juga bernanah. Pembedahan dijalan dengan serta merta. Oleh kerana keadaan banyak teruk, doktor telah pun buangkan rahim dan kedua-dua ovarinya. Saya menjaga ibu saya di hospital selama sepuluh hari. Ibu saya sangat sedih. Saya tidak berani menunjukkan kesedihan saya, saya cuma menanggis ketika saya mandi.

Sekarang ibu saya sudah sembuh. Oleh kerana tiada ovari telahpun menimbulkan banyak kesan terhadapnya. Selepas kejadian ini, juga meninggalkan kesan terhadap saya. Saya amat takut. Setiap tahun saya juga akan menjalan pemeriksaan badan.

Saya berasa bersyukur dan bertuah kerana berpeluang hidup. Saya akan menggunakan segala tanaga saya demi membalas budi ibu bapa saya. Selain itu, saya ingin menasihati sesiapa yang membaca 'blog' ini, menjaga kesihatan anda, jangan menunggu sampai kesal. Bukan semua orang bertuah seperti ibu saya...

Saturday, August 22, 2009

Langit-langit dibilik saya

Inilah kesan air yang saya dapati.





Gambar-gambar di atas menunjukkan
langit-langit bilik saya yang terjatuh.
Percaya tak anda bahawa rumah baru ini,
baru siap dibina tidak cukup satu tahun,
langit-langitnya boleh jatuh?




Cerita saya bermula pada hari Rabu. Bermula pada awal pagi, hujan lebat di tempat saya. Pada pukul 7.00pm, saya ternampak langit-langit di bilik saya ada kesan air. Saya memberitahu rakan serumah saya ( Ah Fah) bahawa bumbung rumah saya telah bocor.
Selepas saya menghadiri kelas Dr. Abaie. Hari itu saya balik awal, saya berasa sangat gembira, saya ingin mepaparkan sesuatu dalam 'facebook' saya. Ketika saya dalam perjalanan ke bilik saya, saya merasai kaki saya basah, saya juga terdengar bunyi air... Saya mendapati air itu mengalir dari bilik saya. Mengapa macam itu? Apa yang terjadi? Adakah saya terlupa menutupkan pili air? Tidak tahu mengapa, saya sangat takut. Saya cepat memberitahu Ah Fah yang sedang menghentikan kereta. Ah Fah menemani saya ke bilik saya untik mencari kebenaran.
Rupa-rupanya, langit-langit saya telah terjatuh. Ini adalah kerana tangki air yang berada di atas langit-langit bocor. Katil saya telah basah. Bersama-samalah buku-buku gemaran. Nasib baik komputer riba saya tidak basah. Kalau tidak saya tidak boleh menulis 'blog' inilah. Apabila saya melihat keadaan ini, rasa saya nak pengsan. Tidak tahu apa yang boleh buat. Kami meminta tolong. Jiran saya yang baik hati Puan Yap menghulurkan bantuan. Dia mengingati kami menutupkan pili air. Baru saya sedar bahawa kami belum menutup pili air. Selepas saya memberitahu tuan rumah saya. Tuan rumah akan datang ke rumah kami pada keesokan hari (kerana pada ketika itu sudah 11pm). Kami terpaksa membersihkan rumah saya sehingga 2pm. Kerana rumah kami telah pun 'banjir'.
Pada hari Khamis, tuan rumah datang dan akan membaiki langit-langit bilik saya. Akan tetapi, bagaimana pula dengan katil dan buku-buku saya? Siapakah yang akan mengganti rugi saya? Mengapa rumah yang baru ini boleh berlaku kejadian sebegini? Inilah kesalahan siapa? Mengapa pihak berkuasa tidak menjalankan pemeriksaan secara baik sebelum penghuni rumah memindah masuk? Nasib baik pada ketika itu, saya tidak tidur atas katil. Jika tidak, rasanya kepala saya mungkin... Bersyukur...

Friday, August 14, 2009

Jiran saya

Saya mula mengajar di Hulu Langat pada tahun 2005. Saya telah menyewa rumah. Rumah itu kecil, tempat meletak kereta hanya dapat meletak satu kereta sahaja. Akan tetapi, saya dengan rakan serumah saya juga ada kereta (Proton Iswara). Dengan ini, kami terpaksa meletakkan kereta di depan rumah kami secara bergilir-gilir. (Kami memang meletakkan kereta di 'depan' rumah kami, bukan depan rumah orang lain.) Penghuni di sini juga biasa meletakkan kereta di depan rumah sendiri.Tuan rumah saya sangat baik dan mesra. Jiran sebelah saya -Encik Razak juga sangat baik. Saya tinggal di sana dengan selesa selama tiga tahun.Cerita saya bermula pada tahun yang keempat, iaitu tahun 2008. Encik Razak telah pindah dan Agu dan keluarganya telah pindah masuk.

Selepas itu, nasib malang saya pun bermula. Saya mengaku pernah satu kali saya melakukan kesalahhan. Hari itu hari raya. Kawan saya melawati saya, kami bersembang sehingga 11 malam, suara kami agak kuat. Agu datang ke rumah saya menegur saya, saya mengakui kesalahan saya. Saya meminta maaf dengan hati yang ikhlas.Adakah saya melakukan satu kesalahan dan hendak menerima hukuman berkali-kali?

Sejak hari itu, tayar kereta kami selalu pancit. Bukan ini sahaja, kereta kami juga selalu dirosakkan. Contohnya, logo Proton hilang dengan kesan dicabut oleh orang atau badan kereta dicalar. Jika sesiapa meletakkan keretanya di depan rumah kami juga akan timpa kemalangan ini tidak kira siang atau malam. Saya berasa hairan mengapa terjadi begitu. Saya tidak percaya ada sesiapa akan merosakkan kereta saya. Suasana di tempat tinggal biasanya aman. Kawan-kawan saya pernah syaki murid-murid saya. Akan tetapi murid-murid saya berkelakuan baik, saya tidak ingin syaki murid-murid saya.

Pada mula-mulanya, saya selalu meminta tolong dengan kawan-kawan saya, supaya menolong saya menukarkan tayar kereta saya. Akan tetapi, keadaan tersebut terlalu kerap. Hampir sebulan tayar kereta saya pancit dua kali? Terpaksalah saya belajar menukar tayar kereta walaupun kekurangan tenaga. Sekarang saya adalah pakar menukar tayar kereta. (Berbanding dengan wanita yang lain) Saya boleh menukar tayar kereta dalam masa yang singkat.Setiap pagi, saya mesti memeriksa kereta saya. Saya hidup dalam kerisauan. Saya selalu lewat ke sekolah kerana sibuk menukar tayar kereta. Nasib baiknya guru besar memahami keadaan saya. Saya pernah melaporkan polis kejadian ini, pihak polis menyatakan bahawa tidak boleh membuat apa-apa kerana tiada saksi.

Demi menyelesaikan keadaan ini, saya menukarkan kereta Kancil supaya saya dan rakan serumah saya meletakkan kedua-dua kereta dalam rumah. Tetapi keadaan ini terus berlaku. Ini bermaksud sekiranya, sesiapa yang merosakkan kereta saya, telahpun memanjat masuk ke rumah saya. (takutnya, berani betul penjahat itu!)Pada bula November, jiran saya (Agu) selalu menegur saya dengan perkataan yang cukup kasar bahawa saya selalu balik lewat ( saya balik dari UPM kira-kira 11pm) bunyi membuka pintu mengganggu dia tidur. (Tolong! Pintu itu pintu besi, mestilah ada bunyi. Saya telah sedaya upaya mengurangkan bunyi.) Yang paling melampau, dia menegur kami bahawa 'alarm' kereta saya bising. Apa yang boleh saya buat, tidak boleh menggunakannya? Setiap kali, dia menegur saya, saya cuma berdiam diri. Saya tidak mahu juga tidak berani berdialog dengan orang yang penuh dengan kata yang kasar. Isterinya pula asyik meminta maaf terhadap tingkahlaku suaminya. Tetapi apa gunanya?

Akhirnya, saya menyerah diri. Saya pindah dari sana. Sekarang saya tinggal ke taman baru. Walaupun lebih jauh dari sekolah saya, walaupun saya terpaksa belanja lebih banyak dalam menyewa rumah, tetapi saya gembira. Saya tinggal di rumah baru ini tenteram dan tenang. Selama enam bulan saya tinggal di sini, kereta saya tidak rosak lagi, tayar saya pun tidak pancit lagi.

Persoalan saya, siapa yang sering merosakkan kereta saya?Apakah tujuannya?Mengapa saya ada jiran yang begitu? Apa niatnya?

Inilah bukti kereta saya dirosak



























Suara hatiku

Bila saya tiba sini
Suasana hening dan sunyi
Penghuni tulus dan tenang
Saya rasa saya suka sini

Hari demi hari
Sini tidak lagi aman
Sini tidak lagi sentosa
Sini tidak lagi Tenteram

Lima tahun saya singgah sini
Masa muda telah saya korban
Bila saya akan pulang ke tempat saya
Tanya tuhan tanya takdir

Friday, August 7, 2009

Adakah saya bahagia?

Inilah soalan yang selalu mempersoalkan diri saya pada beberapa minggu ini. Ini berkemungkinan saya berasa tekanan dalam beberapa minggu ini. Pada minggu lepas, saya menghidapi deman selesema sehingga hari ini saya masih batuk. Adakah saya salah satu mangsa penyakit A H1N1? Pada minggu lepas juga, UPM telahpun terpaksa cuti seminggu disebabkan penyakit A H1N1. Saya sakit UPM cuti. Adakah saya bernasib baik? Akan tetapi, banyak kerja kursus saya terpaksa tertangguh kerana saya tidak dapat berjumpa dengan pensyarah.
Sebenarnya, saya berasa amat tertekan kerana kerja kursus yang banyak. Saya amat bimbang kerja kursus ini tidak dapat dihabiskan dalam masa yang ditetapkan. Saya juga takut kerja kursus yang saya buat bukan apa yang diharap oleh pensyarah saya. Tambahan pula, kerja-kerja di sekolah yang banyak. Adik saya yang nakal juga membimbangkan saya. Emak saya pula, barulah menerima rawatan di hospital. Akan tetapi saya tidak dapat melawatinya, kerana kerja dan tanggungjawab saya yang begitu berat. Saya memang banyak masalah. Saya berasa tertekan sehingga tidak dapat tidur dengan baik pada waktu malam? Adakah saya bahagia?
Setiap manusia mempunyai cita-cita sendiri. sesetengah orang ingin menjadi orang yang ternama. Ada yang ingin mendapatkan kekayaan. Ada pula ingin mempunyai muka yang cantik dan badan yang damping. Ataupun sesetengah orang pula ingin mendapatkan keputusan baik.
Bagi saya, permintaan saya amat mudah. Saya ingin menjadi seorang wanita yang biasa. Saya tidak perlu keputusan yang baik, muka yang cantik, badan yang damping, kekayaan atau apa-apa. Akan tetapi, apa yang saya inginkan ialah... Makan dengan cukup, tidur dengan lena, badan sihat. Inilah sudah cukup. Adakah saya tamak? Adakah saya kurang semangat. Saya tidak mahu peduli. Saya juga tidak larat peduli pandangan orang lain. Saya cuma tahu saya ingin gembira.
Saya sudah 26 tahun, tidak apa yang saya tercapai dalam jiwa saya. Saya hanya tahu kawan-kawan, keluarga saya, rakan sekerja saya, semua orang dikeliling saya, sayangkan saya. Adakah saya bahagia?
Saya tidak pernah cedera parah. Saya juga tidak ditinggal oleh orang kesayangan saya. Saya pun tidak mengalami kemiskinan yang dialami seperti pengemis. Adakah saya bahagia?
Selepas saya menulis blog, saya tahu saya bahagia, saya kena bersyukur terhadap segala yang saya punyai.Saya tidak akan mengadu lagi.Saya juga berdoa kawan-kawan yang membaca blog saya ini boleh bahagia seperti saya.

Wednesday, April 15, 2009

Hari kanak-kanak antarabangsa


Hari Kanak-kanak Antarabangsa diraikan di banyak negara, biasanya pada 1 Jun setiap tahun, tetapi tidak semestinya.
ICD berasal daripada Persidangan Dunia untuk Kesejahteraan Kanak-kanak di Geneva, Switzerland pada tahun 1925. Tidaklah jelas mengapa 1 Jun ditetapkan sebagai Hari Kanak-kanak Antarabangsa. Sebuah teori mengatakan bahawa konsul-jeneral Republik China di San Francisco (Amerika Syarikat) mengumpulkan sebilangan anak yatim Cina untuk meraikan Perayaan Perahu Naga pada tahun 1925 yang jatuh pada 1 Jun tahun tersebut dan kebetulan dengan persidangan di Geneva.

Sejak dari masa itu, 1 Jun telah diamalkan sebagai Hari Kanak-kanak Antarabangsa oleh banyak negara, khususnya oleh negara-negara komunis; di Dunia Barat, hari ini biasanya diraikan pada hari-hari yang lain (jika diraikan) dan seringnya, tidak terdapat banyak kesedaran umum tentang perayaan tersebut. Oleh itu, kekadang terdapat tanggapan salah bahawa hari 1 Jun sebagai Hari Kanak-kanak Antarabangsa merupakan sebuah rekaan komunis. Walaupun demikian, sesetengah kumpulan di Amerika Syarikat telah memulakan pengamalan Hari Kanak-kanak Antarabangsa pada 1 Jun pada tahun-tahun kebelakangan ini.





Roti canai

Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.


Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandarChennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.

Roti canai di
India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.

Kepentingan kelapa sawit

Industri makanan berasaskan minyak sawit di Malaysia telah mengalami perkembangan pesat sejak tiga dekad yang lalu. Kawasan tanaman sawit meningkat daripada anggaran satu juta hektar dalam tahun 1980 kepada dua juta hektar dalam tahun 1990, dan hari ini ia berada pada keluasan 3.8 juta hektar, bersamaan dengan lebih 500 juta pokok sawit.
Dari segi penghasilan minyak sawit mentah (CPO), pengeluaran dicatat pada 13.35 juta tan dalam tahun 2003 daripada sejumlah 370 kilang buah sawit di seluruh negara.Industri ini juga turut terbabit secara meluas dalam aktiviti hiliran, daripada penapisan sehingga kepada penghasilan minyak masak dan oleokimia
Malaysia mempunyai jumlah penduduk yang agak kecil seramai 24 juta orang dan dengan itu, penggunaan minyak sawit secara tempatan adalah agak terhad.Oleh kerana itu, lebih 90 peratus pengeluaran minyak makan tahunan telah dieksport, menjadikan hasil sawit punca pendapatan tukaran wang asing yang penting untuk negara ini, serta tonggak ekonomi negara.


Nilai eksport minyak sawit pada tahun 2003 berjumlah RM 26.15 bilion ketika harga purata minyak sawit mentah berada pada paras RM 1,544 satu tan. Hari ini, Malaysia menyumbang anggaran 50 peratus daripada pengeluaran minyak sawit dunia dan anggaran 60 peratus daripada jumlah dagangannya.Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa sejumlah besar keluasan kawasan tanaman minyak sawit yang telah dikatakan ditanam di dalam kawasan hutan tropika, sebenarnya ditanam di kawasan hutan pembalakan, atau ditanam semula di dalam kawasan yang sebelum itu ditanam dengan tanaman lain.

Contohnya, daripada tahun 1990 hingga 2000, ketika kawasan tanaman kelapa sawit di Malaysia meningkat sebanyak 1.4 juta hektar, kegiatan menanam getah, koko dan kelapa masing-masing menurun sebanyak 0.4, 0.3 dan 0.2 juta hektar.


Sejumlah besar keluasan kawasan tanaman ini ditanam semula dengan kelapa sawit kerana ia tanaman yang lebih menguntungkan.Nilai pelaburan terkini dalam industri minyak sawit Malaysia dianggarkan sekitar RM62 bilion dengan sejumlah besar pembiayaan ini diperoleh dalam negeri.Peningkatan secara meluas penanaman sawit ini membawa pembangunan yang amat diperlukan di kawasan luar bandar, dan telah menjadi tulang belakang ekonomi luar bandar. 290,000 pekebun kecil di skim tanah kerajaan serta pekebun kecil persendirian, bergantung sepenuhnya kepada tanaman ini untuk kehidupan harian mereka.

Hasil pendapatan daripada sawit membawa kesan penting dalam mengekalkan kestabilan sosioekonomi golongan ini. Tambahan pula, seramai 180,000 lagi pekerja di ladang sawit dengan jumlah pendapatan dan kebajikan mereka yang lain, adalah penyumbang besar kepada kestabilan politik dan sosio-ekonomi terutamanya ketika krisis kewangan Asia sekitar tahun 1997-1998.

Rupa bayi baru lahir


Dagu dan pinggul bayi yang baru lahir adalah sempit, dengan perut buncit sedikit, serta lengan dan kaki yang agak pendek. Berat puratnya lebih kurang 7.5 paun (3.2 kilogram) dan panjangnya 14-20 inci (35.6-50.8 sentimeter, walaupun bayi baru lahir pramasa adalah lebih kecil. Skor Apgar ialah ukuran peralihan bayi baru lahir dari rahim semasa sepuluh minit yang pertama.
Kepala bayi baru lahir adalah amat besar berbanding bahagian-bahagian badan yang lain, dan kraniumnya juga besar berbanding mukanya. Sedangkan tengkorak manusia dewasa adalah lebih kurang satu perlapan panjang badan penuh, bayi baru lahir adalah dua kali ganda ini. Ketika dilahir, banyak tempat tengkorak bayi baru lahir masih belum lagi dijadikan tulang. "Tempat-tempat lembut" ini digelarkan fontan. Dua tempat yang terbesar ialah fontanel anterior berbentuk intan dan yang terletak di bahagian depan kepala, serta fontanel posterior yang lebih kecil dan terletak di belakang kepala.

Semasa pelahiran dan kelahiran, tengkorak bayi bertukar bentuk untuk menyesuaikan dengan salur lahir dan oleh itu, kekadangnya menyebabkan bayi dilahir dengan kepala yang cacat atau panjang. Bagaimanapun, keadaan ini biasanya kembali ke keadaan normal dengan sendiri dalam jangka masa beberapa hari atau beberapa minggu. Senaman khas seperti yang dinasihatkan oleh pakar perubatan boleh membantu proses ini.

Sesetengah bayi baru lahir mempunyai bulu halus yang digelarkan lanugo, khususnya di belakang, bahu, dan dahi bayi pramasa. Lanugo hilang dengan sendiri dalam masa beberapa minggu. Bukan semua bayi mempunyai rambut yang banyak. Ada yang botak, sedangkan ada yang mempunyai rambut yang terlalu halus sehingga hampir tidak dapat dilihat. Kulit kepala mungkin juga lebam-lebam atau bengkak sementara waktu, khususnya bagi bayi baru lahir yang botak, dan kawasan di sekeliling mata mereka mungkin bengkak juga.
Sebaik sahaja selepas kelahiran, kulit bayi baru lahir sering berwarna kekelabu-kelabuan hingga biru suram. Dan sebaik sahaja bayi memulakan penafasan, biasanya dalam seminit atau dua, warna kulitnya akan berpulih ke warna yang biasa. Bayi baru lahir adalah basah dan diliputi oleh tanda jalur darah serta bahan putih yang digelarkan verniks kaseosa dan yang dianggap bertindak sebagai rintangan antibakteria. Bayi baru lahir mungkin juga mempunyai bintik Mongolia, pelbagai tanda lahir, atau kulit mengelupas, khususnya di bahagian pergelangan tangan, tangan, mata kaki, dan kaki.


Alat sulit bayi baru lahir adalah besar dan
merah, dengan bayi lelaki mempunyai skrotum yang amat besar. Dadanya mungkin besar juga, walaupun bayi lelaki. Ini disebabkan oleh hormon ibu dan merupakan keadaan yang sementara. Bayi perempuan mungkin mengeluarkan susu dari putingnya, dan/atau bahan darah atau (bahan seakan-akan susu) dari farajnya. Bagaimanapun, kesemua ini dianggap biasa dan akan hilang dengan peredaran masa.
Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru-biruan. Selepas kelahiran, pakar perubatan akan memotong tali pusat untuk meninggalkan 1-2 inci. Tali pusat yang kontot itu akan menjadi kering dan kerepot, serta gelap, dan jatuh sendiri dalam tempoh kira-kira tiga minggu. Kadang-kala, pihak hospital akan meletakkan pencelup ganda tiga (triple dye) pada tali pusat yang kontot itu bagi mencegahkan jangkitan dan oleh itu, menjadikan tali pusat dan kawasan sekelilingnya bertukar menjadi warna ungu.

Bayi baru lahir hilang banyak daripada ciri-ciri fizikal yang tersebut dengan pantas dan oleh itu, bayi yang lebih tua kelihatan amat berbeza. Sedangkan bayi yang lebih tua dianggap "comel", bayi baru lahir mungkin kelihatan "tidak menarik" dan oleh itu, ibu bapa pertama kali mungkin harus dididik mengenai perkara ini.

Telefon bimbit


Telefon bimbit (juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa wayar)[1] merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Sebagai tambahan kepada fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM tambahan, dan mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi capaian Internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia (‘’Multimedia Messaging Service – MMS’’) bagi menghantar dan menerima gambar dan video. Kebanyakan telefon mudah alih akan bersambung dengan jaringan selular pada stesyen pengkalan (‘’tapak sel’’), yang kemudiannya bersambung dengan jaringan telefon suis awam (‘’public switched telephone network – PSTN’’) (pengecualian adalah telefon satelit).

Bunga raya


Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu[1] (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.


Bunga raya ialah bunga kebangsaan
Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.

Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.


Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian
India.

Pembangunan manusia


"Pembangunan manusia" merujuk kepada segala bentuk perkembangan yang tertulis di atas, seringnya dalam konteks psikologi klinikal atau psikologi perkembangan, ataupun teori pembangunan manusia (yang merupakan hasil perkembangan ekonomi kebajikan dalam bidang ekonomi).

Kedua-dua bidang psikologi dan ekonomi menumpukan kepada
pendidikan dan kefasiran bahasa, termasuknya kenal huruf dan kenal nombor, serta kepada pengenalpastian dan perkembangan bakat yang lebih unik untuk menjadikannya sebagai pemboleh ubah ekonomi yang digelarkan modal individu.

Cabang-cabang ekonomi yang awal memperlihatkan manusia dari segi buruh untuk
pengeluaran, cara pemujukan ataupun cara perlindungan yang cenderung merupakan kemahiran yang diperolehi hanya pada tempuh keremajaan dan kedewasaan. Pandangan pembangunan manusia adalah lebih jelas dalam bidang sukan, muzik, serta seni pentas yang lain. Umpamanya, dalam pelakonan, kanak-kanak seringnya memulakan latihan seawal umur tiga tahun. Fikirlah tentang Tiger Woods serta latihan golfnya yang awal.

Sedangkan terdapatnya masalah-masalah yang tertimbul kerana menempatkan kanak-kanak ke dalam aliran tertentu pada peringkat yang "terlalu" awal, telah dianggapi bahawa pembunuhan kanak-kanak,
pembuangan kanak-kanak, penggunaan kanak-kanak untuk angkatan bersenjata, serta penyakit masyarakat yang lain telah dikurangkan dengan penggunaan pendekatan pembangunan manusia – negara kini memberikan nilai hidup yang tinggi kepada kanak-kanak.

Indeks Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan cara untuk mengukur kesejahteraan dan menempatkan negara-negara melalui kriteria ini. Walaupun penganiayaan kanak-kanak dianggap lebih rendah di negara-negara yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam indeks ini, kebenarannya tidak dapat dibuktikan dengan mudah.

Pengakap


Powel ialah bekas anggota tentera berpangkat Leftenan Jeneral. Selepas penubuhan Pergerakan Pengakap, beliau memperkenalkan Pandu Puteri ("Girl Guides") pada tahun 1910 dengan bantuan saudara perempuannya, Agnes Baden-Powell. Pada tahun 1910, Pergerakan Pengakap bermula di Malaysia.

Sekumpulan kecil Kumpulan Pengakap ditubuhkan pada tahun 1908 diberikan hak memakai saputangan hijau sebagai penghormatan keahlian mereka bagi kumpulan perintis.

Pergerakan Pengakap merebak ke seluruh
United Kingdom tidak lama selepas penerbitan Scouting For Boys. Pergerakan Pengakap dengan pantas menjadi organisasi tersendiri. Pergerakan Pengakap berjalan dengan pantas ke seluruh Empayar British. Unit luar yang pertama disah dan dicatatkan (chartered) di Malta. Benih Pengakap bermula di Mafeking, Afrika Selatan, di mana Baden Powell berkhidmat sebagai pegawai pemerintah ketika Perang Boer 1899 - 1902. Baden-Powell mempertahankan bandar tersebut daripada Boers (Afrikaner), yang berganda lebih besar jumlahnya berbanding anggotanya pada nisbah lapan kepada satu. Dia membentuk Kor Kadet Mafeking untuk membantu menyokong anggota tentera. Kor tersebut dianggotai sepenuhnya oleh sukarelawan remaja lelaki. Baden-Powell melatih pemuda tersebut dan mereka membuktikan diri mereka dengan baik, membantu mempertahankan bandar tersebut dengan jayanya (1899 - 1900). Setiap anggota Kor Kadet menerima lencana, gabungan titik kompas dan kepala lembing. Logo ini akhirnya menjadi fleur-de-lis, yang diambil Pengakap sebagai simbol antarabangsanya.

Batu peringatan di Pulau Brownsea, Pelabuhan Poole, England, memperingati kem Pengakap pertama.

Hasil daripada statusnya sebagai wira antarabangsa, didapati hasil daripada usaha gigihnya mempertahankan Mafeking ketika Pengepungan Mafeking "Siege of Mafeking", manual latihan tentera Baden-Powell, Aids to Scouting (Bantuan kepada Pengakap) (ditulis pada
1899) menjadi jualan utama dan digunakan oleh guru dan organisasi remaja.

Pada
1906, Ernest Thompson Seton menghantar satu salinan bukunya kepada Baden-Powell berjudul The Birchbark Roll of the Woodcraft Indians (Gelong Kulit kayu Birch mengenai Seni Rimba Indian). Seton, berbangsa Kanada kelahiran British tinggal di Amerika Syarikat, kemudiannya bertemu Baden-Powell dan mereka berkongsi idea mengenai program latihan remaja.

Baden-Powell digalakkan untuk menulis semula Aids to Scouting untuk pembaca muda. Pada
1907 Baden-Powell telah menyiapkan draf bertajuk Boy Patrols. Pada tahun yang sama, untuk menguji sebahagian ideanya, Baden-Powell telah mengumpulkan 22 orang budak lelaki dari latar belakang sosial yang berlainan dan mengadakan perkhemahan selama seminggu, bermula 29 Julai, di Pulau Brownsea di Poole Harbour, Dorset, England. Kaedah organisasinya, sekarang dikenali sebagai Kaedah Patrol "Patrol Method", merupakan kunci kepada kaedah Pengakap, membenarkan kanak-kanak lelaki untuk menyusun diri mereka dalam kumpulan kecil dengan Ketua Patrol yang dilantik. Pada musim luruh 1907, selepas menerbitkan draf bukunya dan ekspedisi perkhemahan yang berjaya, Baden-Powell memulakan lawatan ceramah yang intensif yang diatur oleh penerbit bukunya, Pearsons, untuk mempromosi bukunya yang akan datang. Bermula Januari 1908 penerbitan pertamanya muncul sebagai enam ansuran dalam majalah budak lelaki yang diterbitkan dua kali sebulan.

Bahagian tersebut kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku sebagai
Scouting for Boys (Pengakap untuk Budak-budak Lelaki), pada masa sekarang dianggap sebagai edisi pertama Boy Scout Handbook (Buku Rujukan Pengakap). Pada masa itu Baden-Powell bermaksud buku tersebut akan memberikan idea untuk pertubuhan sedia ada, khususnya Boys' Brigade. Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki membentuk patrol Pengakap secara spontan dan membanjiri Baden-Powell dangan permohonan untuk bantuan. Dengan cara ini pergerakan Pengakap muncul tanpa disengajakan dan terbentuk disebabkan pergerakkannya sendiri. Ketika Pergerakan Pengakap berkembang, Unit Pengakap Laut "Sea Scout" dan Pengakap Udara "Air Scout" ditambah kepada pilihan Pergerakan Pengakap. Baden-Powell tidak dapat menasihati kesemua remaja yang meminta bantuannya. Untuk memberikan pimpinan dewasa, latihan diperlukan. Lencana Rimba "Wood Badge" dimajukan untuk mengiktiraf latihan kepimpinan dewasa. Pada tahun 1919 Gilwell Park dibeli sebagai tapak latihan dewasa dan tapak perkhemahan Pengakap. Baden-Powell turut menulis buku untuk membantu pemimpin yang berjudul Aids to Scoutmastership (Panduan untuk Kemahiran Berpengakap).

F.M.C Baden Powell, adik kepada BP memperkenalkan Pengakap Udara menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini ia membantu England dalam kempen Battle of Britain.
Warrington Baden Powell, abang kepada BP memperkenalkan Pengakap Laut menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini juga membantu England menjaga dan memerhati diperairan lautnya dengan bantuan unit tentera lautnya diperbatasan menjelang Perang Dunia Pertama

UPM


Universiti Putra Malaysia telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, sebagai Universiti Pertanian Malaysia, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan dan terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. Walau bagaimanapun, pada awal tahun 80-an, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memperluaskan bidang tumpuannya dengan memasukkan bidang Sains dan Teknologi.

Pada tahun 1994, UPM memulakan satu rancangan yang bercita-cita tinggi untuk membina Universiti Masa Hadapan yang menyediakan sistem-sistem penyampaian yang lebih baik dan terkini dalam pendidikan
sains dan teknologi dengan memanfaatkan bidang teknologi maklumat (IT) yang sedang pesat berkembang. UPM telah bertukar dengan pesatnya menjadi kampus tanpa sempadan yang melampaui sempadan kebangsaan.

Kemuncak dari itu ialah dengan penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada 3
April 1997 oleh YAB Perdana Menteri ketika itu Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. la adalah merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan kedudukan UPM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian bagi menghadapi alaf baru pembangunan masa hadapan negara.
UPM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di
Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan. Lagu rasmi UPM ialah "Putra Gemilang".

Sejarah Malaysia


Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan di Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui Selat Melaka. Banyak kerajaan awal wujud pada abad ke-10 berasal daripada bandar pelabuhan. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, serta Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis, Belanda dan Britain untuk mewujudkan petempatan atau koloni di Selat Melaka.
Petempatan selat koloni diraja Britain diwujudkan pada
1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan selat ini terdiri dari Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan kongsi gelap Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri-negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri-negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berada di bawah kuasa Thailand.
Di
Borneo pula, Borneo Utara Britain dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) ditabalkan sebagai Koloni Diraja British, manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke. Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, sokongan untuk kemerdekaan semakin kuat. Apabila Britain mahu mewujudkan Malayan Union selepas perang berakhir, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk Semenanjung Tanah Melayu diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa penyertaan Singapura.
Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September
1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei yang kecewa kerana sultan mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-Pertuan Agong. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan rusuhan kaum terjadi pada 1969.
Kini Malaysia masih lagi mempunyai beberapa masalah dengan jirannya seperti masalah penambakan tanah oleh Singapura dan isu harga air. Dengan Indonesia juga terdapat sedikit perselisihan mengenai pemberian konsesi carigali minyak di perairan Sabah serta masalah pekerja asing tanpa izin (PATI). Namun segala masalah tersebut dirundingkan secara aman dengan semangat setiakawan. Tambahan lagi, rakyat Malaysia dan jiran-jirannya berasal dari rumpun yang sama. Terutamanya dengan rakyat Indonesia, Malaysia telah banyak menjalin ikatan dengan rakyat di negara itu.