Friday, August 7, 2009

Adakah saya bahagia?

Inilah soalan yang selalu mempersoalkan diri saya pada beberapa minggu ini. Ini berkemungkinan saya berasa tekanan dalam beberapa minggu ini. Pada minggu lepas, saya menghidapi deman selesema sehingga hari ini saya masih batuk. Adakah saya salah satu mangsa penyakit A H1N1? Pada minggu lepas juga, UPM telahpun terpaksa cuti seminggu disebabkan penyakit A H1N1. Saya sakit UPM cuti. Adakah saya bernasib baik? Akan tetapi, banyak kerja kursus saya terpaksa tertangguh kerana saya tidak dapat berjumpa dengan pensyarah.
Sebenarnya, saya berasa amat tertekan kerana kerja kursus yang banyak. Saya amat bimbang kerja kursus ini tidak dapat dihabiskan dalam masa yang ditetapkan. Saya juga takut kerja kursus yang saya buat bukan apa yang diharap oleh pensyarah saya. Tambahan pula, kerja-kerja di sekolah yang banyak. Adik saya yang nakal juga membimbangkan saya. Emak saya pula, barulah menerima rawatan di hospital. Akan tetapi saya tidak dapat melawatinya, kerana kerja dan tanggungjawab saya yang begitu berat. Saya memang banyak masalah. Saya berasa tertekan sehingga tidak dapat tidur dengan baik pada waktu malam? Adakah saya bahagia?
Setiap manusia mempunyai cita-cita sendiri. sesetengah orang ingin menjadi orang yang ternama. Ada yang ingin mendapatkan kekayaan. Ada pula ingin mempunyai muka yang cantik dan badan yang damping. Ataupun sesetengah orang pula ingin mendapatkan keputusan baik.
Bagi saya, permintaan saya amat mudah. Saya ingin menjadi seorang wanita yang biasa. Saya tidak perlu keputusan yang baik, muka yang cantik, badan yang damping, kekayaan atau apa-apa. Akan tetapi, apa yang saya inginkan ialah... Makan dengan cukup, tidur dengan lena, badan sihat. Inilah sudah cukup. Adakah saya tamak? Adakah saya kurang semangat. Saya tidak mahu peduli. Saya juga tidak larat peduli pandangan orang lain. Saya cuma tahu saya ingin gembira.
Saya sudah 26 tahun, tidak apa yang saya tercapai dalam jiwa saya. Saya hanya tahu kawan-kawan, keluarga saya, rakan sekerja saya, semua orang dikeliling saya, sayangkan saya. Adakah saya bahagia?
Saya tidak pernah cedera parah. Saya juga tidak ditinggal oleh orang kesayangan saya. Saya pun tidak mengalami kemiskinan yang dialami seperti pengemis. Adakah saya bahagia?
Selepas saya menulis blog, saya tahu saya bahagia, saya kena bersyukur terhadap segala yang saya punyai.Saya tidak akan mengadu lagi.Saya juga berdoa kawan-kawan yang membaca blog saya ini boleh bahagia seperti saya.

7 comments:

  1. Soo Ching, memanglah kebahagiaan bukan terletak pada harta benda dan wang ringgit. Pada saya kebahagiaan terletak pada hati. Jika hati kita berasa tenang, sudah pasti kita bahagia. Ditambah lagi jika hidup kita dikelilingi oleh orang yang sentiasa menyayangi kita.

    Ada orang yang kita nampak hidupnya agak susah tapi mereka tidak pernah mengeluh. Sebab apa? Sebab mereka redha dan bersyukur dengan apa yang mereka miliki. Kita yang berada di sekelilingnya pula yang berasa susah hati sedangkan mereka tidak pernah kisah.

    Kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan tidak ada dijual dimana-mana. Saya rasa soo ching akan lebih berasa bahagia lagi bila soo ching dah berkahwin. Bila nak kawin....?

    ReplyDelete
  2. Soo Ching..betul kata kak Nurhuda, kebahgiaan bukan terletak pada harta benda...sebaliknya hati..
    Bagi saya...pabila hati kita baik pasti kebahgiaan akan datang pada kita. hal ini kerana, jika hati baik kita akan membuat semua yang baik untuk mencapai kebahgiaan..tapi jika hati kita busuk pasti kemusnahan yg menghampiri kita...
    apa yang penting untuk jadikan kita bahgia dan gembira ialah kita buat apa yang kita suka...

    ReplyDelete
  3. Ya, saya memang seorang yang bahagia!
    Kehendak manusia yang tidak terhingga akan menjadikannya tidak dapat nampak akan kebahagian yang dimilikinya.
    Kadangkala dugaan dan cabaran yang meletihkan menjadikan kita tidak nampak kebahagian yang sedang menantikan kita juga.
    Simple dan natural ialah unsur-unsur yang penting dalam kehidupan saya.
    Yang diinginkan pula ialah ahli keluarga saya, kawan-kawan saya dan orang yang saya kenali semuanya sihat dan sejahtera dalam kehidupan mereka.

    ReplyDelete
  4. Memang anda bahagia, anda dapat hidup di Malaysia merupakan satu kebahagian. Malaysia bebas daripada peperangan, bebas daripada bencana alam dan dipenuhi dengan khazanah-khazanah yang banyak.
    Kita harus berpuas hati dengan apa yang kita memiliki dan dengan itu barulah kita akan mendapat kebahagia yang sebenar.
    hoo man ying UPM

    ReplyDelete
  5. Nampaknya pelbagai persoalan yang timbul dalam diri anda. Tidak perlu risau, sudah tentu anda bahagia.

    Mengapa? Kerana anda mempunyai banyak masa untuk berfikir.. Kanak-kanak yang kebuluran di Afrika memang tidak bahagia disebabkan mereka tidak mempunyai ruang dan masa untuk berfikir.

    ReplyDelete
  6. Setiap orang inginkan kebahagiaan. Tidak ada seorang manusia yang hidup di muka bumi ini yang tidak mahu kebahagiaan. Terpulang pada kita macam mana untuk kita mencari kebahagiaan itu. Apa yang pasti kebahagiaan bukan terletak pada harta benda dan wang ringgit. Bukan harta benda tak penting asalkan cukup itu dah memadai.
    Cuma bila kita fikirkan kesusahan fikirkanlah bahawa di luar sana masih ramai lagi yang susah. Tuhan menguji kita untuk mengetahui sejauh mana kita bersyukur dengan apa yang dimiliki.

    ReplyDelete