Monday, September 14, 2009

praktikum

Baru-baru ini, sekolah saya ada dua orang guru yang memulakan praktikum. Sebenarnya guru C merupakan guru amat matang dan mempunyai pengalaman mengajar agak lama manakala Guru L pula umurnya lebih muda dan lebih manja. Kadang-kadang dia juga adalah seorang penakut. Akan tetapi saya jumpa suatu keadaan yang aneh. Kali ini, guru C berasa risau akan praktikumnya. Dia bimbang murid-murid yang kacau ketika dia mengajar. Dia risau ada kekurangan dalam rancangan mengajarnya. Dia lagi membimbangkan bahasa yang dia gunakan mempunyai kesalahan tatabahasa. Bagi guru L pula, dia tenang dan sabar. Pada masa ini, guru C yang risau selalu ‘memaksa’ guru L cepat-cepat menyiapkan kerja sendiri. Bagi guru L, dia rasa kerja adanya masa yang agak panjang untuk menyelesaikan, tidak perlu buat lagi. Tiba-tiba saya berasa amat kesian dengan guru L. ini adalah kerana saya teringat waktu saya praktikum, saya juga selalu ‘memaksa’ kawan-kawan saya menjalankan kerja sendiri. Di sini, saya ingin memohon maaf dengan kawan-kawan yang berpraktikum saya.
Masih ingat praktikum fasa I, sekolah pratikum saya agak jauh dari maktab saya. Tiap-tiap pagi saya perlu bangun awal memandu selama setengah jam pergi ke sekolah saya. Pada masa itu, kemungkinan rasa ingin menjalankan praktikum dengan baik. Ia telah menyebabkan saya tidak boleh tidur pada waktu malam sepanjang waktu saya menjalankan pratikum saya. Sekolah itu mempunyai lebih kurang 700 orang murid-murid. Suasana sekolah agak baik. Saya masih ingat di sekolah tersebut mempunyai seorang makcik. (ibu murid saya) Tiap-tiap pagi, dia akan membelikan saya sarapan pagi. Saya amat rindu akan makcik tersebut. Kami juga melukiskan mural di sekolah tersebut. ( sebenarnya, saya pun tidak lukis apa-apa, saya cuma menolong membersihkan alat-alat. Maafkan saya yang tidak mahir dalam bidang ini). Pada hari akhir saya mengajar di sekolah tersebut, saya masih ingat ketika kami ingin balik rumah. Tiba-tiba semua murid-murid yang saya ajar masuk ke dalam pejabat guru sambil menangis sambil membelikan hadiah. Seterusnya mereka beratur di tangga sekolah dan mengucapkan selamat berpisah. Pada saat itu, saya rasa saya seperti seorang artis (memalukan).
Pada praktikum fasa II pula, saya pergi ke sekolah yang berdekat dengan maktab saya. Setiap pagi saya paling lewat bangun dan akan balik ke sekolah paling awal (seronoknya). Pada masa itu, saya dapat tidur lena. Kemungkinan saya sudah biasa dengan praktikum, tiada sebarang tekanan. Guru bimbingan saya merupakan seorang guru berpengalaman tetapi dia baru mengajar di sekolah tersebut. Pada suatu hari, guru bimbingan saya bertanya saya bahawa bagaimana saya mengawal disiplin kelas. Saya berasa terkejut, apa kesalahan yang telah saya lakukan. Rupa-rupanya, dia memuju saya dapat mengawal kelas dengan baik, dia ingin belajar bersama-sama saya.( Ini adalah cerita benar, saya tidak bohong.) Saya tidak suka suasana sekolah tersebut, walaupunsekolah besar, dekat dengan maktab saya. Ini adalah kerana saya rasa ada pertelingkahan antara guru dengan guru.
Sekarang saya mengajar di sekolah saya selama lima tahun. Saya amat berpusa hati dengan sekolah saya. Suasana sekolah yang baik dan mempunyai rakan sekerja yang selalu menolongkan saya. Saya amat bersyukur.

4 comments:

  1. Tahu tak kenapa Cikgu L begitu tenang? Ini rahsia.
    Sebab Cikgu O telah memberitahunya bahawa praktikum sebenarnya bukan perkara yang rumit, ia hanya sekadar satu latihan ke arah melatih guru yang berkualiti.

    Tiada sesiapa yang akan gagal, kecuali dia tidak tahu berbahasa Cina tetapi mengajar di SJKC. Betul?

    ReplyDelete
  2. praktikum merupakan satu cabaran bagi pelatih dalam maktab perguruan, tetapi sekiranya mereka dapat mengatasi rintangan yang dihadapinya, ia akan menjadi suatu pengalaman yang bagus untuknya.

    semoga guru pelatih sekolah sooching iaitu cikgu L dan cikgu C dapat lulus dengan cemerlang dalam praktikum kali ini ...

    ReplyDelete
  3. Saya menjalani praktikum fasa I dan II di sekolah yang sama. Bersama juga dengan tiga orang rakan yang sama.
    Tekanan ada, tapi kenangan manis lebih banyak.
    Bertuah dapat bertemu dengan makcik yang mesra, penyewa rumah dan keluarganya yang baik hati, cikgu dan golongan guru sandaran muda yang peramah dan banyak lagi...... ^_^

    ReplyDelete
  4. pengalaman praktikum pertama . hari pertama aku pergi sekolah dan parking moto kat parking guru besar. takde papan tanda . praktikum 2 aku kena ajar sebelah petang. aku dipisahkan dengan kawan2ku yang lain mereka 5 orang pagi , aku sorang je petang ..hampeh. hari akhir di sekolah tu gb minta maaf kat aku kerana pisahkan aku ngan rakan2. rupanye dia perhatikan aku yang selalu boring . untuk hilang boring sehinggakan aku mengikut pakcik tukang kebun berkebun,gunting pokok bunga, buat padang, buat garisan pada papan hitam, cetak kertas pakai mesin pising ngan tangan. aku tak kisah kerana pensyarah datang sekali je(sapa nak datang jauh2 waktu lepas kerja hehe) dan guru pembimbing jarang sekali jumpa kerana dia mengajar sesi pagi.bila petang sibuk nak urus anak2, rumah dan suami haha

    ReplyDelete