Wednesday, September 16, 2009

MURID-MURIDKU







Saya telah mengajar di sini selama lima tahun. Salah satu kelas yang telah saya mengajar selama empat tahun adalah kelas K. Saya mengajar kelas mereka sejak mereka tahun tiga, kelas k cuma ada 22 orang murid-murid sahaja. Keputusan kelas tersebut kurang baik. Mereka juga adalah pendiam. Mereka tidak sama dengan kelas lain. Ketika guru tiada dalam kelas (biasanya murid-murid akan bersembang atau buatkan sesuatu dalam kelas), tetapi kelas ini adalah berbeza dengan kelas lain. Mereka diam dan duduk di dalam tempat sendiri. Sesiapa yang melalui kelas ini akan anggap kelas ini ada guru di dalam bilik darjah. Ketika saya mengajar, mereka juga kurang memberi pendapat. Ini adalah kerana mereka takut membuat kesalahan. Keadaan ini telah berubah setelah saya memberikan motivasi selama 6 bulan. Tetapi bukan senang mengajar kelas ini, kerana mereka bukan pandai sangat. Oleh itu apa yang diajar, saya perlu berulang beberapa kali. Kadang-kadang saya perlu mengulangi sampai 10 kali. Tetapi, kebersihan kelas ini memang baik. Setiap kali pertandingan kebersihan kelas, kelas ini mesti mendapatkan johan. Seterusnya, mereka memang berdikari. Sekiranya berlaku apa-apa di dalam kelas, mereka akan menyelesaikan masalah sendiri. Selepas itu, barulah mereka lapor peristiwa itu kepada saya. Oleh kerana mereka yang berdikari, ia telahpun meringankan kerja saya. Mereka telah tamat persekolahan, saya memang sayang akan mereka. Saya harap mereka akan berjaya dalam masa depan mereka.
Suatu kelas lagi yang saya ajar adalah kelas M. walaupun kelas ini adalah kelas yang baik. Tapi, saya memang geram ketika mengajar mereka. Kadang-kadang saya mengajar dalam kelas, mereka diam sahaja walaupun mereka tahu apa jawapannya, Sekaranya saya cadangkan menjalankan suatu kursus untuk mereka supaya mereka boleh yakin pada diri sendiri dan berupaya menyampaikan pendapat diri di depan orang ramai. Kelas ini mereka macam sebuah mesin yang hanya tahu membuat kertas ujian. Selain daripada itu, apa-apa yang saya tanya mereka tidak tahu. Dengan ini, saya selalu tanya mereka soalan-soalan yang berkaitan dengan pengetahuan am. Seterusnya, saya mengajar mereka mencari maklumat melalui internet. Sekarang, mereka juga ‘pakar’ menggunakan teknologi maklumat.
Kadang-kadang saya akan merenung kembali, adakah saya terlalu garang, menyebabkan mereka tidak berana menyampaikan sendiri? Saya cuba mengubahkan cara

4 comments:

  1. Mungkin...
    mereka lebih tahu daripada saya
    mereka lebih jelas daripada saya
    mereka lebih selesa untuk pendamkan ia
    mereka lebih selamat daripada membuat kesalahan
    mereka makan gula-gula ketika guru sedang mengajar

    Mungkin juga..
    mereka itu diam-diam ubi berisi...

    ReplyDelete
  2. bila Ng berjaya 'bukakan' mulut mereka nanti, bagi tau ya. Sebab nak tahu betul tak ada emas di dalam mulut orang yang berat mulut. ^_^

    ReplyDelete
  3. memanglah sikap pelajar sekarang...amat mengeramkan, mereka tahu itu berpura-pura tak tahu dan tidak ingin melakukannya... kita sebagai cikgu yang perlu memanggil berkali-kali untuk mendorong mereka ...

    BEGITULAH GENERASI SEKARANG !!

    ReplyDelete
  4. sikap murid sekarang memang teruk dan sukar nak diajar .Tak dengar teguran orang lain langsung !

    ReplyDelete