Thursday, August 27, 2009

Kesihatan badan

Cerita minggu ini adalah cerita ibu saya. Ibu saya berkahwin ketika umur 21 tahun (Ibu saya dianggap kahwin awal bagi orang cina). Saya dilahirkan ketika ibu saya 22 tahun. Sebenarnya saya tidak berapa ingat dan tahu kejadian tersebut. Semua ini mendengar cerita dari mulut orang tua.Semasa ibu mengetahui dia mengandung. Dia ingin mengugurkan embrio (iaitu saya) tersebut. Ini disebabkan masalah ekonomi. Menurut ibu saya, dia telah membuat temujanji untuk pengguguran anak.Ketika ibu saya ingin keluar dari rumah. Makcik Yan datang dan dia mengetahui tindakan ibu saya. Dia menghalang ibu saya dan memberitahunya ini adalah suatu dosa. Dengan ini, saya berpeluang untuk terus hidup dalam dunia ini. Menurut bapa saya pula, semasa saya dilahirkan ekonomi rumah saya memang susah. Mereka terpaksa menjual motorsikal demi perbelanjaan di dalam hospital.

Ketika saya berumur tiga tahun. Ibu saya menjangkiti kanser leher rahim. Atas pertolongan saudara mara, ibu saya berpeluang pergi ke Hospital UM untuk menjalankan pembedahan. Pada ketika itu, perubatan di kampung saya kurang maju. Bapa saya tidak meneman ibu saya kerana tiada orang yang jaga saya. Nasib baik, pembedahan berjaya. Ibu saya pun sembuh.

Sebenarnya, ibu saya patut memeriksaan rahimnya setiap tahun. Saya pun tak tidak tahu sebab apa, kemungkinan terlupa ataupun sibuk. Ibu saya tidak menjalankan pemeriksaan selama empat tahun berturut-turut.

Saya masih ingat pada akhir tahun 2004, kami sekeluarga bercadang melancong. ibu saya mengadu bahawa sakit pinggang. Selepas pemeriksaan doktor, baru kami tahu rahimnya mempunyai tumor berdarah, tumor berair dan juga bernanah. Pembedahan dijalan dengan serta merta. Oleh kerana keadaan banyak teruk, doktor telah pun buangkan rahim dan kedua-dua ovarinya. Saya menjaga ibu saya di hospital selama sepuluh hari. Ibu saya sangat sedih. Saya tidak berani menunjukkan kesedihan saya, saya cuma menanggis ketika saya mandi.

Sekarang ibu saya sudah sembuh. Oleh kerana tiada ovari telahpun menimbulkan banyak kesan terhadapnya. Selepas kejadian ini, juga meninggalkan kesan terhadap saya. Saya amat takut. Setiap tahun saya juga akan menjalan pemeriksaan badan.

Saya berasa bersyukur dan bertuah kerana berpeluang hidup. Saya akan menggunakan segala tanaga saya demi membalas budi ibu bapa saya. Selain itu, saya ingin menasihati sesiapa yang membaca 'blog' ini, menjaga kesihatan anda, jangan menunggu sampai kesal. Bukan semua orang bertuah seperti ibu saya...

9 comments:

  1. Bertuah betul Soo Ching sebab sempat untuk berada di muka bumi ini...Ibu bapa bukan tidak mahukan soo ching tapi keadaan ekonomi yang tak sesuai.

    Tentang menjaga kesihatan ini, memang penting sebab dari situlah kita akan tahu sama ada kita ni sihat atau berpenyakit. Tetapi ada juga golongan yang tidak mahu pergi menjalankan pemeriksaan kesihatan badan sebab golongan ini takut untuk menerima kenyataan. Mereka takut jika mereka tahu bahawa mereka TIDAK SIHAT.

    BTW, kita harap kita semua sihat dan dapat meneruskan pengajian kita di UPM sampai tamat...

    Da...........

    ReplyDelete
  2. Bersyukurlah Soo Ching. Sempat juga dilahirkan di dunia ini.Sebenarnya bukan salah ibu bapa. Keadaan pada masa itu membuatkan mereka buntu. Itulah sebabnya mereka mengambil jalan terburu-buru.

    Soo Ching seorang anak yang baik. menjaga ibu di waktu beliau amat memerlukan belaian seorang anak.Ibu Soo Ching tentu berasa sangat bertuah melahirkan seorang anak seperti Soo Ching.Selain itu penjagaan kesihatan juga amat penting, teruskan penjagaan kesihatan itu.

    ReplyDelete
  3. soo ching patut berterima kasih kepada makcik yan, dialah orang yang menghalang ibu anda supaya soo ching dapat dilahirkan.

    kesihatan kita memang tak terharga. tiada sesiapa pun akan menjualkan kesihatan dia.

    maka, kita harus mengamalkan cara hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang dan selalu bersenam untuk memiliki kesihatan yang kita impikan.

    ReplyDelete
  4. Tiada siapa yang ingin ditimpa kecelakaan
    Tiada siapa yang ingin menemui ajal
    Tiada siapa yang bersedia untuk menghadapinya
    Barangkali
    Dia juga tidak ingin
    Dia juga tidak sangka
    Dia juga terguris
    Namun
    Dia akan cuba
    Dia akan berani
    Itulah aku

    ReplyDelete
  5. Sejuk perut ibu yang mengandung dan melahirkan anda. Akak kagum Soo Ching menahan kesedihan demi menjaga perasaan bonda tercinta. Jagalah ibu selagi ada hayat. Dan jagalah kesihatan diri sebelum terlambat. Akak mengingatkan diri sendiri juga ni

    ReplyDelete
  6. Saya kagum dengan sikap kamu...tak semua anak yang sanggup menjaga ibu bapanya ketika mereka sakit sebagaimana mereka menjaga kita sedari kecil.Alasannya "sibuk dengan kerja'. Semakin moden dan maju ilmu perubatan,semakin banyak timbulnya penyakit yang pelik-pelik..Maka semua individu harus peka dengan keadaan kesihatan dir sendiri....Setiap penyakit ada ubatnya di samping sabar dan tabah menghadapi dugaan.

    ReplyDelete
  7. Buatlah apa yang dirasakan perlu sungguhpun ia mungkin menjadi suatu bebanan kepada kita.

    Kita perlu menjaga ibu bapa kita seperti mana
    mereka menjaga dan menyayangi kita.
    Mungkin apa yang kita lakukan untuk ibu bapa tidak setanding dengan apa yang telah mereka curahkan kepada kita.

    Tapi,
    asalkan kita cuba sedaya upaya, barulah tiada kekesalan kelak nanti.

    ReplyDelete
  8. Saya kagum dengan awak kerana sanggup menjaga ibu di hospital, bkn 1 hari tapi 10 hari. Susah nak jmpa org mcm awk lg yang baik hati. Betul cakap awk kita kena menjalani pemeriksaan kesihatan, tmbhn cuaca(hujan je) dan keadaan negara kita yg dilanda H1N1 ni. Marilah semua rakan2 menjalani pemeriksaan kesihatan.

    ReplyDelete
  9. Kesihatan penting dan kita perlu menjalani pemeriksaan setiap tahu . Namun ,ramai yang tidak mahu pergi menjalankan pemeriksaan kesihatan badan kerana tidak sanggup menerima kenyataan.
    Kita haruslah bersyukur bagi diri kita yang masih sihat !

    ReplyDelete