Thursday, August 27, 2009

Kesihatan badan

Cerita minggu ini adalah cerita ibu saya. Ibu saya berkahwin ketika umur 21 tahun (Ibu saya dianggap kahwin awal bagi orang cina). Saya dilahirkan ketika ibu saya 22 tahun. Sebenarnya saya tidak berapa ingat dan tahu kejadian tersebut. Semua ini mendengar cerita dari mulut orang tua.Semasa ibu mengetahui dia mengandung. Dia ingin mengugurkan embrio (iaitu saya) tersebut. Ini disebabkan masalah ekonomi. Menurut ibu saya, dia telah membuat temujanji untuk pengguguran anak.Ketika ibu saya ingin keluar dari rumah. Makcik Yan datang dan dia mengetahui tindakan ibu saya. Dia menghalang ibu saya dan memberitahunya ini adalah suatu dosa. Dengan ini, saya berpeluang untuk terus hidup dalam dunia ini. Menurut bapa saya pula, semasa saya dilahirkan ekonomi rumah saya memang susah. Mereka terpaksa menjual motorsikal demi perbelanjaan di dalam hospital.

Ketika saya berumur tiga tahun. Ibu saya menjangkiti kanser leher rahim. Atas pertolongan saudara mara, ibu saya berpeluang pergi ke Hospital UM untuk menjalankan pembedahan. Pada ketika itu, perubatan di kampung saya kurang maju. Bapa saya tidak meneman ibu saya kerana tiada orang yang jaga saya. Nasib baik, pembedahan berjaya. Ibu saya pun sembuh.

Sebenarnya, ibu saya patut memeriksaan rahimnya setiap tahun. Saya pun tak tidak tahu sebab apa, kemungkinan terlupa ataupun sibuk. Ibu saya tidak menjalankan pemeriksaan selama empat tahun berturut-turut.

Saya masih ingat pada akhir tahun 2004, kami sekeluarga bercadang melancong. ibu saya mengadu bahawa sakit pinggang. Selepas pemeriksaan doktor, baru kami tahu rahimnya mempunyai tumor berdarah, tumor berair dan juga bernanah. Pembedahan dijalan dengan serta merta. Oleh kerana keadaan banyak teruk, doktor telah pun buangkan rahim dan kedua-dua ovarinya. Saya menjaga ibu saya di hospital selama sepuluh hari. Ibu saya sangat sedih. Saya tidak berani menunjukkan kesedihan saya, saya cuma menanggis ketika saya mandi.

Sekarang ibu saya sudah sembuh. Oleh kerana tiada ovari telahpun menimbulkan banyak kesan terhadapnya. Selepas kejadian ini, juga meninggalkan kesan terhadap saya. Saya amat takut. Setiap tahun saya juga akan menjalan pemeriksaan badan.

Saya berasa bersyukur dan bertuah kerana berpeluang hidup. Saya akan menggunakan segala tanaga saya demi membalas budi ibu bapa saya. Selain itu, saya ingin menasihati sesiapa yang membaca 'blog' ini, menjaga kesihatan anda, jangan menunggu sampai kesal. Bukan semua orang bertuah seperti ibu saya...

Saturday, August 22, 2009

Langit-langit dibilik saya

Inilah kesan air yang saya dapati.





Gambar-gambar di atas menunjukkan
langit-langit bilik saya yang terjatuh.
Percaya tak anda bahawa rumah baru ini,
baru siap dibina tidak cukup satu tahun,
langit-langitnya boleh jatuh?




Cerita saya bermula pada hari Rabu. Bermula pada awal pagi, hujan lebat di tempat saya. Pada pukul 7.00pm, saya ternampak langit-langit di bilik saya ada kesan air. Saya memberitahu rakan serumah saya ( Ah Fah) bahawa bumbung rumah saya telah bocor.
Selepas saya menghadiri kelas Dr. Abaie. Hari itu saya balik awal, saya berasa sangat gembira, saya ingin mepaparkan sesuatu dalam 'facebook' saya. Ketika saya dalam perjalanan ke bilik saya, saya merasai kaki saya basah, saya juga terdengar bunyi air... Saya mendapati air itu mengalir dari bilik saya. Mengapa macam itu? Apa yang terjadi? Adakah saya terlupa menutupkan pili air? Tidak tahu mengapa, saya sangat takut. Saya cepat memberitahu Ah Fah yang sedang menghentikan kereta. Ah Fah menemani saya ke bilik saya untik mencari kebenaran.
Rupa-rupanya, langit-langit saya telah terjatuh. Ini adalah kerana tangki air yang berada di atas langit-langit bocor. Katil saya telah basah. Bersama-samalah buku-buku gemaran. Nasib baik komputer riba saya tidak basah. Kalau tidak saya tidak boleh menulis 'blog' inilah. Apabila saya melihat keadaan ini, rasa saya nak pengsan. Tidak tahu apa yang boleh buat. Kami meminta tolong. Jiran saya yang baik hati Puan Yap menghulurkan bantuan. Dia mengingati kami menutupkan pili air. Baru saya sedar bahawa kami belum menutup pili air. Selepas saya memberitahu tuan rumah saya. Tuan rumah akan datang ke rumah kami pada keesokan hari (kerana pada ketika itu sudah 11pm). Kami terpaksa membersihkan rumah saya sehingga 2pm. Kerana rumah kami telah pun 'banjir'.
Pada hari Khamis, tuan rumah datang dan akan membaiki langit-langit bilik saya. Akan tetapi, bagaimana pula dengan katil dan buku-buku saya? Siapakah yang akan mengganti rugi saya? Mengapa rumah yang baru ini boleh berlaku kejadian sebegini? Inilah kesalahan siapa? Mengapa pihak berkuasa tidak menjalankan pemeriksaan secara baik sebelum penghuni rumah memindah masuk? Nasib baik pada ketika itu, saya tidak tidur atas katil. Jika tidak, rasanya kepala saya mungkin... Bersyukur...

Friday, August 14, 2009

Jiran saya

Saya mula mengajar di Hulu Langat pada tahun 2005. Saya telah menyewa rumah. Rumah itu kecil, tempat meletak kereta hanya dapat meletak satu kereta sahaja. Akan tetapi, saya dengan rakan serumah saya juga ada kereta (Proton Iswara). Dengan ini, kami terpaksa meletakkan kereta di depan rumah kami secara bergilir-gilir. (Kami memang meletakkan kereta di 'depan' rumah kami, bukan depan rumah orang lain.) Penghuni di sini juga biasa meletakkan kereta di depan rumah sendiri.Tuan rumah saya sangat baik dan mesra. Jiran sebelah saya -Encik Razak juga sangat baik. Saya tinggal di sana dengan selesa selama tiga tahun.Cerita saya bermula pada tahun yang keempat, iaitu tahun 2008. Encik Razak telah pindah dan Agu dan keluarganya telah pindah masuk.

Selepas itu, nasib malang saya pun bermula. Saya mengaku pernah satu kali saya melakukan kesalahhan. Hari itu hari raya. Kawan saya melawati saya, kami bersembang sehingga 11 malam, suara kami agak kuat. Agu datang ke rumah saya menegur saya, saya mengakui kesalahan saya. Saya meminta maaf dengan hati yang ikhlas.Adakah saya melakukan satu kesalahan dan hendak menerima hukuman berkali-kali?

Sejak hari itu, tayar kereta kami selalu pancit. Bukan ini sahaja, kereta kami juga selalu dirosakkan. Contohnya, logo Proton hilang dengan kesan dicabut oleh orang atau badan kereta dicalar. Jika sesiapa meletakkan keretanya di depan rumah kami juga akan timpa kemalangan ini tidak kira siang atau malam. Saya berasa hairan mengapa terjadi begitu. Saya tidak percaya ada sesiapa akan merosakkan kereta saya. Suasana di tempat tinggal biasanya aman. Kawan-kawan saya pernah syaki murid-murid saya. Akan tetapi murid-murid saya berkelakuan baik, saya tidak ingin syaki murid-murid saya.

Pada mula-mulanya, saya selalu meminta tolong dengan kawan-kawan saya, supaya menolong saya menukarkan tayar kereta saya. Akan tetapi, keadaan tersebut terlalu kerap. Hampir sebulan tayar kereta saya pancit dua kali? Terpaksalah saya belajar menukar tayar kereta walaupun kekurangan tenaga. Sekarang saya adalah pakar menukar tayar kereta. (Berbanding dengan wanita yang lain) Saya boleh menukar tayar kereta dalam masa yang singkat.Setiap pagi, saya mesti memeriksa kereta saya. Saya hidup dalam kerisauan. Saya selalu lewat ke sekolah kerana sibuk menukar tayar kereta. Nasib baiknya guru besar memahami keadaan saya. Saya pernah melaporkan polis kejadian ini, pihak polis menyatakan bahawa tidak boleh membuat apa-apa kerana tiada saksi.

Demi menyelesaikan keadaan ini, saya menukarkan kereta Kancil supaya saya dan rakan serumah saya meletakkan kedua-dua kereta dalam rumah. Tetapi keadaan ini terus berlaku. Ini bermaksud sekiranya, sesiapa yang merosakkan kereta saya, telahpun memanjat masuk ke rumah saya. (takutnya, berani betul penjahat itu!)Pada bula November, jiran saya (Agu) selalu menegur saya dengan perkataan yang cukup kasar bahawa saya selalu balik lewat ( saya balik dari UPM kira-kira 11pm) bunyi membuka pintu mengganggu dia tidur. (Tolong! Pintu itu pintu besi, mestilah ada bunyi. Saya telah sedaya upaya mengurangkan bunyi.) Yang paling melampau, dia menegur kami bahawa 'alarm' kereta saya bising. Apa yang boleh saya buat, tidak boleh menggunakannya? Setiap kali, dia menegur saya, saya cuma berdiam diri. Saya tidak mahu juga tidak berani berdialog dengan orang yang penuh dengan kata yang kasar. Isterinya pula asyik meminta maaf terhadap tingkahlaku suaminya. Tetapi apa gunanya?

Akhirnya, saya menyerah diri. Saya pindah dari sana. Sekarang saya tinggal ke taman baru. Walaupun lebih jauh dari sekolah saya, walaupun saya terpaksa belanja lebih banyak dalam menyewa rumah, tetapi saya gembira. Saya tinggal di rumah baru ini tenteram dan tenang. Selama enam bulan saya tinggal di sini, kereta saya tidak rosak lagi, tayar saya pun tidak pancit lagi.

Persoalan saya, siapa yang sering merosakkan kereta saya?Apakah tujuannya?Mengapa saya ada jiran yang begitu? Apa niatnya?

Inilah bukti kereta saya dirosak



























Suara hatiku

Bila saya tiba sini
Suasana hening dan sunyi
Penghuni tulus dan tenang
Saya rasa saya suka sini

Hari demi hari
Sini tidak lagi aman
Sini tidak lagi sentosa
Sini tidak lagi Tenteram

Lima tahun saya singgah sini
Masa muda telah saya korban
Bila saya akan pulang ke tempat saya
Tanya tuhan tanya takdir

Friday, August 7, 2009

Adakah saya bahagia?

Inilah soalan yang selalu mempersoalkan diri saya pada beberapa minggu ini. Ini berkemungkinan saya berasa tekanan dalam beberapa minggu ini. Pada minggu lepas, saya menghidapi deman selesema sehingga hari ini saya masih batuk. Adakah saya salah satu mangsa penyakit A H1N1? Pada minggu lepas juga, UPM telahpun terpaksa cuti seminggu disebabkan penyakit A H1N1. Saya sakit UPM cuti. Adakah saya bernasib baik? Akan tetapi, banyak kerja kursus saya terpaksa tertangguh kerana saya tidak dapat berjumpa dengan pensyarah.
Sebenarnya, saya berasa amat tertekan kerana kerja kursus yang banyak. Saya amat bimbang kerja kursus ini tidak dapat dihabiskan dalam masa yang ditetapkan. Saya juga takut kerja kursus yang saya buat bukan apa yang diharap oleh pensyarah saya. Tambahan pula, kerja-kerja di sekolah yang banyak. Adik saya yang nakal juga membimbangkan saya. Emak saya pula, barulah menerima rawatan di hospital. Akan tetapi saya tidak dapat melawatinya, kerana kerja dan tanggungjawab saya yang begitu berat. Saya memang banyak masalah. Saya berasa tertekan sehingga tidak dapat tidur dengan baik pada waktu malam? Adakah saya bahagia?
Setiap manusia mempunyai cita-cita sendiri. sesetengah orang ingin menjadi orang yang ternama. Ada yang ingin mendapatkan kekayaan. Ada pula ingin mempunyai muka yang cantik dan badan yang damping. Ataupun sesetengah orang pula ingin mendapatkan keputusan baik.
Bagi saya, permintaan saya amat mudah. Saya ingin menjadi seorang wanita yang biasa. Saya tidak perlu keputusan yang baik, muka yang cantik, badan yang damping, kekayaan atau apa-apa. Akan tetapi, apa yang saya inginkan ialah... Makan dengan cukup, tidur dengan lena, badan sihat. Inilah sudah cukup. Adakah saya tamak? Adakah saya kurang semangat. Saya tidak mahu peduli. Saya juga tidak larat peduli pandangan orang lain. Saya cuma tahu saya ingin gembira.
Saya sudah 26 tahun, tidak apa yang saya tercapai dalam jiwa saya. Saya hanya tahu kawan-kawan, keluarga saya, rakan sekerja saya, semua orang dikeliling saya, sayangkan saya. Adakah saya bahagia?
Saya tidak pernah cedera parah. Saya juga tidak ditinggal oleh orang kesayangan saya. Saya pun tidak mengalami kemiskinan yang dialami seperti pengemis. Adakah saya bahagia?
Selepas saya menulis blog, saya tahu saya bahagia, saya kena bersyukur terhadap segala yang saya punyai.Saya tidak akan mengadu lagi.Saya juga berdoa kawan-kawan yang membaca blog saya ini boleh bahagia seperti saya.