Saturday, August 22, 2009

Langit-langit dibilik saya

Inilah kesan air yang saya dapati.





Gambar-gambar di atas menunjukkan
langit-langit bilik saya yang terjatuh.
Percaya tak anda bahawa rumah baru ini,
baru siap dibina tidak cukup satu tahun,
langit-langitnya boleh jatuh?




Cerita saya bermula pada hari Rabu. Bermula pada awal pagi, hujan lebat di tempat saya. Pada pukul 7.00pm, saya ternampak langit-langit di bilik saya ada kesan air. Saya memberitahu rakan serumah saya ( Ah Fah) bahawa bumbung rumah saya telah bocor.
Selepas saya menghadiri kelas Dr. Abaie. Hari itu saya balik awal, saya berasa sangat gembira, saya ingin mepaparkan sesuatu dalam 'facebook' saya. Ketika saya dalam perjalanan ke bilik saya, saya merasai kaki saya basah, saya juga terdengar bunyi air... Saya mendapati air itu mengalir dari bilik saya. Mengapa macam itu? Apa yang terjadi? Adakah saya terlupa menutupkan pili air? Tidak tahu mengapa, saya sangat takut. Saya cepat memberitahu Ah Fah yang sedang menghentikan kereta. Ah Fah menemani saya ke bilik saya untik mencari kebenaran.
Rupa-rupanya, langit-langit saya telah terjatuh. Ini adalah kerana tangki air yang berada di atas langit-langit bocor. Katil saya telah basah. Bersama-samalah buku-buku gemaran. Nasib baik komputer riba saya tidak basah. Kalau tidak saya tidak boleh menulis 'blog' inilah. Apabila saya melihat keadaan ini, rasa saya nak pengsan. Tidak tahu apa yang boleh buat. Kami meminta tolong. Jiran saya yang baik hati Puan Yap menghulurkan bantuan. Dia mengingati kami menutupkan pili air. Baru saya sedar bahawa kami belum menutup pili air. Selepas saya memberitahu tuan rumah saya. Tuan rumah akan datang ke rumah kami pada keesokan hari (kerana pada ketika itu sudah 11pm). Kami terpaksa membersihkan rumah saya sehingga 2pm. Kerana rumah kami telah pun 'banjir'.
Pada hari Khamis, tuan rumah datang dan akan membaiki langit-langit bilik saya. Akan tetapi, bagaimana pula dengan katil dan buku-buku saya? Siapakah yang akan mengganti rugi saya? Mengapa rumah yang baru ini boleh berlaku kejadian sebegini? Inilah kesalahan siapa? Mengapa pihak berkuasa tidak menjalankan pemeriksaan secara baik sebelum penghuni rumah memindah masuk? Nasib baik pada ketika itu, saya tidak tidur atas katil. Jika tidak, rasanya kepala saya mungkin... Bersyukur...

7 comments:

  1. Kesiannya kat soo ching bila akak baca kisah syiling kapur yang dah runtuh tu. Dulu kisah kereta yang selalu dipancitkan kini kisah banjir pula. Bersyukur sangat-sangat masa kejadian tu soo Ching tak ada di atas katil, kalau tidak....tentu penatkan nak kemas rumah yang dah banjir tu....

    Harap-harap selepas ini tidak ada lagi kejadian buruk yang menimpa soo ching dan kawan.

    ReplyDelete
  2. Bersyukur betul Soo Ching tak ada dalam bilik ketika itu atau sedang tidur lena di atas katil. Jikalau tidak......

    Lain kali Soo Ching dan Ah Fah kena sentiasa prihatin pada keadaan langit-langit dalam bilik/ rumah.

    ReplyDelete
  3. Dulu, semuanya budiman dan berhati mulia
    Kini, kiri penipu dan kanan bermuslihat
    Dulu, rata-rata pohon tumbuh menghijau
    Kini, sana-sini flat banglo kondominium
    Dulu, aman sentosa aman tenteram
    Kini, tsunami banjir SARS HINI
    Dulu, rumah tidak perlu berpagar
    Kini, ada pagar tak cukup kena pasang alarm
    Dulu, rumah yang dibina boleh tahan 100 tahun
    Kini, rumah baru harapkan baru tapi semuanya palsu.

    P/S: Pandai-pandailah kita jaga diri, kerana dunia kini sudah berubah.

    ReplyDelete
  4. sungguh dasyhat!Saya rasa pihak berkuasa yang patut membayar ganti rugi .Lagipun , rumah baru biasanya ada 18 bulan untuk diperbaiki.

    ReplyDelete
  5. Sabar ye. Rumah sewa kan. Tengok dari luar lawa, x sangka dalam macam 2.

    ReplyDelete
  6. Setiap suatu kejadian itu ada hikmahnya.Cik Ng sungguh bernasib baik.Jika ditakdirkan pada ketika itu terjadi sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan pada cik ng,, siapa yang susah... tentu ibu ayah jugak..

    Oleh itu Cik Ng patut bersyukur kerana masih lagi dalam keadaan selamat,

    ReplyDelete
  7. memang bertuah kerana soo ching tak ada dalam bilik..
    bersyukur betul..

    ReplyDelete