Friday, September 4, 2009

Perkahwinan

Pada hari Isnin yang lalu, saya telahpun menonton wayang ‘Up’. Wayang ini memang bagus, bukan sahaja wataknya comel, muzik yang merdu. Yang paling menarik saya ialah isinya. Ia telah menyatakan seorang lelaki berjanji dengan seorang perempuan bahawa pergi meneroka bersama. Akan tetapi selepas mereka kahwin, mereka sibuk dengan kehidupan hariam mereka. Selepas isterinya meninggal dunia, barulah dia teringat bahawa dia tidak menunaikan janjinya. Pada masa itu, pihak berkuasa ingin meruntuhkan rumahnya yang penuh kenangan isterinya. Dia pun membuat keputusan bahawa pindahkan rumah ke tempat idamannya dengan belon. Selepas menonton wayang ini, saya memang terharu. Sesiapa yang akan menunaikan janjinya dengan seratus peratus? Kemungkinan saya sendiri pun ada sesuatu janji yang saya lupakan.
Semalam, saya telah melayani ‘youtube’ untuk menonton video. Video-video yang saya pilih kebanyakan tajuknya berkaitan dengan perbezaan antara lelaki dan perempuan. Baru saya tersedar banyaknya perbezaaan antara lelaki dan perempuan. Lelaki tidak faham mengapa perempuan suka membeli-belah. Lelaki juga tidak faham mengapa dalam almari perempuan selalu kurang sehelai baju ? Dia lagi tidak faham mengapa perempuan hanya ada sepasang kaki tetapi memerlukan banyak kasut. Pada masa ini, perempuan pula tidak faham mengapa lelaki tidak suka mandi? Perempuan juga tidak faham mengapa lelaki mementingkan kereta daripada temannya. Perempuan lagi tidak faham mengapa lelaki akan mendengar nasihat kawannya berbanding dengan isterinya.
Saya mendapati banyak suami isteri selepas bersama beberapa tahun, mereka akan tipu antara satu sama lain. Kemungkinan ia adalah perkara kecil. Tetapi mengapa tipu antara satu sama lain. Contohnya Suami tidak berani memberitahu isterinya dimanakah semalam dia pergi. Kemungkinan si suami ini hanya pergi bersembang engan kawan sahaja. Ataupun Si isteri tidak berani memberitahu suaminya berapa harganya beg tangan yang baru beli?
Dalam minda saya, muncul satu soalan. Kalau ada banyaknya perbezaan patutkah saya berkahwin? Setiap manusia di dunia ini, adalah berbeza. Kita tidak mungkin dapat cari teman seratus peratus dengan diri kita. Kalau bertimbang rasa, adakah kita dapat bertimbang rasa seumur hidup? Kalau boleh, mengapa ada lagi penceraian? Kadang-kala saya juga berasa kahwin memanglah suatu perkara yang payah. Dua manusia yang berbeza hidup dalam suatu bumbung seumur hidup. ‘seumur hidup’ bukan senang. Tambah-tambah lagi, perkahwinan bukanlah hanya melibatkan dua orang sahaja, ia telahpun melibatkan dua keluarga. Begitulah banyak masalah akan muncul.
Kesimpulannya, kahwin bukan sesuai semua manusia terutamanya mereka yang tidak tahu bertimbang rasa. Kalau anda adalah manusia yang tidak tahu bertimbang rasa, lebih anda berseorangan berbanding dengan berkahwin, setujukah anda?

6 comments:

  1. keseorangan takut tak betul!
    berdua pun takut tak betul!
    pilih nanti tak betul!
    tak pilih pun tak betul!
    Tapi...
    Saya suka dengar berita baik dari kawan-kawan...
    Ooi, saya nak kahwin. Datang ya!
    Ooi, cuti akhir tahun saya nak kahwin!
    Ooi, jangan tak datang pulak!
    Baiklah..
    Hmmm..tumpang gembiraaaaaaaaaa.

    ReplyDelete
  2. Falsafah Perkahwinan Dalam Islam


    Firman Allah S.W.T.

    'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.'

    (Yaasin: 36)

    Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan.

    Jika kita bertanya apakah hikmat Allah S.W.T. menjadikan berbagai-bagai jenis kejadian ini dalam keadaan berpasangan? Kita sudah tentu dapat memahaminya dengan mudah. Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya ia sentiasa dalam keadaan malam, bumi berkeadaan pamah, semuanya berpadang pasir Manusia semuanya lelaki atau semuanya perempuan. Keadaan dunia seperti ini tentu membosankan dan kejadian ini tidak melahirkan keturunan. Manusia akan hapus dalam jangka waktu yang singkat. Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah S.W.T. ini sangat indah.


    Mengapa Berkahwin ?

    Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tajuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam peigaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebahknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

    ReplyDelete
  3. apa yang paling penting dalam sebuah perkahwinan ialah kejujuran. Kita mesti jujur dengan pasangan kita walaupun kadangkala kejujuran itu bakal menyakitkan pasangan kita. Selain itu kita mesti menerima seadanya pasangan kita sama ada kelebihan atau kekurangannya. Sikap bertolak ansur dan saling faham memahami juga dapat menjamin keharmonian rumahtangga.

    ReplyDelete
  4. Bertimbang rasa amat penting untuk meneruskan kebahagia sepasang suami isteri. Dua orang yang mempunyai sikap dan latar belakang yang berbeza akan hidup bersama, kedua-dua mereka harus saling bertolak -ansur.
    saya setuju dengan kak suhaini bahawa kejujuran penting dalam kekeluargaan untuk meneruskan keharmonian. tipa terhadap si isteri atau si suami akan menyakiti hati mereka.
    bagi mereka yang bercadang untuk berkahwin, mereka perlulah belajar cara atau bagaimana kerkomunikasi dengan pasangannya. Komunikasi merupakan suatu elemen yang mustahat dalam "meniagakan" sesebuah kekeluargaan.
    Tambahan pula, JODOHlah yang menjadikan sepasang suami-isteri berada bersama-sama, mereka perlu menghargainya dan dengan itu kehidupan akan bahagia. ><

    ReplyDelete
  5. Jikalau tidak dapat sama bahagia dengan kawan-kawan saya,
    moga-moga kawan-kawan saya lebih bahagia daripada saya.
    Suka hati melihat kawan-kawan berjaya menjejak kebahagiaan mereka.

    ReplyDelete
  6. soo ching jangan takut untuk berkahwin...jika kita baik, suami kitapun akan baik juga. yang pentingnya ikhlas menerima suami kita seadanya. 'lebih kurang' itu adatlah sebab semua manusia ada lebih kurangnya. terimalah suami kita dengan sepenuh hati...

    ReplyDelete