Friday, August 14, 2009

Jiran saya

Saya mula mengajar di Hulu Langat pada tahun 2005. Saya telah menyewa rumah. Rumah itu kecil, tempat meletak kereta hanya dapat meletak satu kereta sahaja. Akan tetapi, saya dengan rakan serumah saya juga ada kereta (Proton Iswara). Dengan ini, kami terpaksa meletakkan kereta di depan rumah kami secara bergilir-gilir. (Kami memang meletakkan kereta di 'depan' rumah kami, bukan depan rumah orang lain.) Penghuni di sini juga biasa meletakkan kereta di depan rumah sendiri.Tuan rumah saya sangat baik dan mesra. Jiran sebelah saya -Encik Razak juga sangat baik. Saya tinggal di sana dengan selesa selama tiga tahun.Cerita saya bermula pada tahun yang keempat, iaitu tahun 2008. Encik Razak telah pindah dan Agu dan keluarganya telah pindah masuk.

Selepas itu, nasib malang saya pun bermula. Saya mengaku pernah satu kali saya melakukan kesalahhan. Hari itu hari raya. Kawan saya melawati saya, kami bersembang sehingga 11 malam, suara kami agak kuat. Agu datang ke rumah saya menegur saya, saya mengakui kesalahan saya. Saya meminta maaf dengan hati yang ikhlas.Adakah saya melakukan satu kesalahan dan hendak menerima hukuman berkali-kali?

Sejak hari itu, tayar kereta kami selalu pancit. Bukan ini sahaja, kereta kami juga selalu dirosakkan. Contohnya, logo Proton hilang dengan kesan dicabut oleh orang atau badan kereta dicalar. Jika sesiapa meletakkan keretanya di depan rumah kami juga akan timpa kemalangan ini tidak kira siang atau malam. Saya berasa hairan mengapa terjadi begitu. Saya tidak percaya ada sesiapa akan merosakkan kereta saya. Suasana di tempat tinggal biasanya aman. Kawan-kawan saya pernah syaki murid-murid saya. Akan tetapi murid-murid saya berkelakuan baik, saya tidak ingin syaki murid-murid saya.

Pada mula-mulanya, saya selalu meminta tolong dengan kawan-kawan saya, supaya menolong saya menukarkan tayar kereta saya. Akan tetapi, keadaan tersebut terlalu kerap. Hampir sebulan tayar kereta saya pancit dua kali? Terpaksalah saya belajar menukar tayar kereta walaupun kekurangan tenaga. Sekarang saya adalah pakar menukar tayar kereta. (Berbanding dengan wanita yang lain) Saya boleh menukar tayar kereta dalam masa yang singkat.Setiap pagi, saya mesti memeriksa kereta saya. Saya hidup dalam kerisauan. Saya selalu lewat ke sekolah kerana sibuk menukar tayar kereta. Nasib baiknya guru besar memahami keadaan saya. Saya pernah melaporkan polis kejadian ini, pihak polis menyatakan bahawa tidak boleh membuat apa-apa kerana tiada saksi.

Demi menyelesaikan keadaan ini, saya menukarkan kereta Kancil supaya saya dan rakan serumah saya meletakkan kedua-dua kereta dalam rumah. Tetapi keadaan ini terus berlaku. Ini bermaksud sekiranya, sesiapa yang merosakkan kereta saya, telahpun memanjat masuk ke rumah saya. (takutnya, berani betul penjahat itu!)Pada bula November, jiran saya (Agu) selalu menegur saya dengan perkataan yang cukup kasar bahawa saya selalu balik lewat ( saya balik dari UPM kira-kira 11pm) bunyi membuka pintu mengganggu dia tidur. (Tolong! Pintu itu pintu besi, mestilah ada bunyi. Saya telah sedaya upaya mengurangkan bunyi.) Yang paling melampau, dia menegur kami bahawa 'alarm' kereta saya bising. Apa yang boleh saya buat, tidak boleh menggunakannya? Setiap kali, dia menegur saya, saya cuma berdiam diri. Saya tidak mahu juga tidak berani berdialog dengan orang yang penuh dengan kata yang kasar. Isterinya pula asyik meminta maaf terhadap tingkahlaku suaminya. Tetapi apa gunanya?

Akhirnya, saya menyerah diri. Saya pindah dari sana. Sekarang saya tinggal ke taman baru. Walaupun lebih jauh dari sekolah saya, walaupun saya terpaksa belanja lebih banyak dalam menyewa rumah, tetapi saya gembira. Saya tinggal di rumah baru ini tenteram dan tenang. Selama enam bulan saya tinggal di sini, kereta saya tidak rosak lagi, tayar saya pun tidak pancit lagi.

Persoalan saya, siapa yang sering merosakkan kereta saya?Apakah tujuannya?Mengapa saya ada jiran yang begitu? Apa niatnya?

7 comments:

  1. Sabar, sabar dan sabar.
    Inilah kekurangan kita sebagai seorang perempuan. Tak dapat nak berlawan.
    Takut nanti disimbah cecair asid pula.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan Ooi.
    Menyerah tidak bermakna kalah sebenarnya, yang masih bertahan itu juga tidak bermaksud menang pada akhirnya.
    Kesian juga pada orang yang sengaja rosakkan kereta Ng itu kerana dia seorang yang sesat dalam jiwanya. Lebih-lebih lagi jikalau seseorang itu tidak mengenal bahawa dia telah kehilangan jiwanya. Apa maknanya kehidupan kepada seorang yang sesat atau tiada jiwa?
    Tahniah kepada Ng dan rakan serumah Ng kerana berjaya melarikan diri dan terselamat daripada orang yang sesat jiwa itu.

    ReplyDelete
  3. Sajak yang Ng buat tu ada kaitan ke dengan cerita yang ditulis ini? Kalau saya berada ditempat Ng saya juga akan berpindah ke kawasan rumah yang lebih selamat. Itu adalah jalan penyelesaian yang ledih baik.

    Betul, kita diam tu bukan bermakna kita kalah tapi kita tidak mahu timbul perbalahan yang lebih besar. Jika kita menjawab nanti takut pula terkeluar kata-kata yang kasar, lagilah Agu tu marah. Saya harap Ng dan kawan-kawan akan dapat tinggal dengan selesa di rumah baru.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Soo Ching sb awak mampu bersabar sampai ke tahap ini...
    hmmm...kadang2 berdiam diri lebih baik daripada kita lawan..( bkn kita takut atau pun salah tapi untuk mengurangkan kemarahan orang )..
    biasalah manusia ada yang rasa dirinya saja betul so tak dapat terima jika kita bertindak....
    Semoga awak akan lebih bergembira tggal di tempat baru...

    ReplyDelete
  5. Ini mesti kerja en Agu, takkan en antu yg buat pulak ye tak? Agu ialah seorang jiran yg jahat. Tapi takpe, perbuatan jahat pasti dibalas Tuhan. Pada pendapat saya, En Agu menghadapi masalah mental yg melampau. En Agu juga mungkin tidak pernah ditempeleng. T.kasih

    ReplyDelete
  6. memanglah itu "hasil kerja" dari Agu.

    sikap Agu menakutkan, kerana akan menyebabkan soo ching kena kerap tukar tayar kereta. kita haruslah bertimbang rasa dan bertolak ansur apbila berkawan. Mungkin disebabkan hari pertama itu si Agu ini sudah tidak suka akan Soo ching, maka pada hari yang seterusnya, dia asyik merosakkan kereta soo ching.

    sekarang masalah soo ching telahpun selesai,anda boleh hidup dengan senang hati dan tak payah sibuk menukar tayar.

    harap-haraplah soo ching dapat bergaul mesra dengan jaran sekarang.

    ReplyDelete
  7. x sangka ada juga org cam tu kat dunia ni. Geram betul saya rasa. nasib baik awk dah pindah.

    ReplyDelete