Friday, August 14, 2009

Suara hatiku

Bila saya tiba sini
Suasana hening dan sunyi
Penghuni tulus dan tenang
Saya rasa saya suka sini

Hari demi hari
Sini tidak lagi aman
Sini tidak lagi sentosa
Sini tidak lagi Tenteram

Lima tahun saya singgah sini
Masa muda telah saya korban
Bila saya akan pulang ke tempat saya
Tanya tuhan tanya takdir

3 comments:

  1. Jodoh juga namanya
    kenal tempat yang baru
    lihat dan rasa
    apa keistimewaan yang ada padanya
    bawalah kenangan-kenangan manis darinya
    bila saudari Ng hendak meninggalkannya
    ketika rasa itulah masanya

    Bersama denganmu selama-lamanya
    doa ikhlas dariku

    Kekal abadi kenangan bersamamu
    di dalam hatiku

    ReplyDelete
  2. Pertemuan dan perpisahan
    Lumrah kehidupan
    Selagi kita bernama manusia
    Selagi kita masih bernyawa

    Hadapilah dengan tabah
    Sukakanlah hati yang berduka
    Tenangkan jiwa yang merana
    Bersabarlah dan terus bersabar

    Janji tuhan
    Bahagia pasti ada
    Jangan menyesali apa yang berlaku
    Kerana takdir kita berbeza

    ReplyDelete
  3. Hari yang dilalui
    Kau tempuhi
    Dengan berat hati
    Kau jalani

    Sabar
    Itulah petunjuk jalan
    Tabah menghadapi dugaan
    Walau badai yang datang

    Orang mengata
    Diamkan saja
    Biar reda
    Mengikut masa

    ReplyDelete