Tuesday, September 8, 2009

Taat

Seorang anak yang bekerja di New York, bapanya sakit tenat di kampungnya. Anaknya terpaksa balik kampong melawati bapanya. Selepas bapanya menjumpai anak. Tidak tahu sebab apa, dia pun sembuh. Anaknya berasa sangat gembira, balik ke New York. Akan tetapi, beberapa hari kemudian, adiknya menelefonnya dan memberitahu bahawa bapanya sakit tenat lagi. Dia terpaksa balik ke kampong sekali lagi demi melawati bapanya. Seperti kali pertama, selepas dia balik ke kampung. Bapanya pun sembuh. Dia menemai bapanya selama dua minggu. Oleh kerana tidak boleh memohon cuti yang panjang, dia terpaksa balik ke tempat bekerja. Sebelum pulang, bapanya meminta maaf bahawa dia sendiri tidak mati dalam masa yang sepatutnya dan menyebabkan anaknya sibuk lari sana lari sini. Tidak lama kemudian, bapanya pun meninggal dunia. Wasiat bapanya adalah menjalankan upacara pengebumian secara ringkas tanpa memberitahu anaknya yang berada di New York. Kerana dia tidak ingin mengganggu anaknya lagi.
Artis terkenal Jackie Chan juga selau dipuji oleh orang lain bahawa dia adalah seorang anak yang taat kepada ibu bapa. Jackie Chan pernah berkata dalam suatu temu bual bahawa “Ibu saya sakit dan baring di atas katil selama 6 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Kalau saya selama 6 tahun ini tidak pergi mana-mana, hanya menemaninya. Adakah bermakna saya anak yang taat? Akan tetapi, saya tidak menemainya, saya bekerja keras di luar. Adakah saya adalah anak yang tidak taat kepada ibu bapa?”
Selepas membaca kedua-dua cerita ini, saya berasa terharu. Akan tetapi, beberapa soalan timbul dalam mindanya. Bagaimanakah baru boleh dikatakan anak yang taat? Adakah anak cerita pertama taat? Apakah sebenarnya ibu bapa kita harapkan?
Kedua-dua cerita ini adalah ditulis oleh seorang penulis yang berbangsa Cina. Namanya Liu Yong. Beliau adalah seorang penulis yang saya amat kagumi. Beliau bukan sahaja seorang penulis, bahkan seorang pelukis. Beliau pakar dalam lukisan dakwat (lukisan yang dilukis hanya menggunakan dakwat). Beliau pernah mengadakan pameran lukisan di seluruh dunia. Liu Xuan juga pernah mengeluarkan buku Inggeris. Beliau mempunyai dua orang anak. Anak perempuannya bernama Liu Qi Fan manakala anak lelakinya bernama Liu Xuan. Beliau penah mengeluarkan sebuah buku bersama-sama anaknya Liu Xuan.
Semoga saya dapat memterjemah cerita-cerita Liu Yong dengan baik. Saya meminta maaf sekiranya membuat sebarang kesalahan dalam memterjemah cerita-cerita tersebut..

4 comments:

  1. Taatilah ibu bapa sebelum mereka meninggalkan kita.
    Sayangilah ibu bapa sebelum mereka meninggal dunia.
    Sesal sebelum terlambat.
    Harap kita semua masih tidak terlambat.

    ReplyDelete
  2. Soo ching pandai melukis tak? sebenarnya saya cukup kagum gengan orang yang pandai melukis. lukisan mampu menggambarkan perasaan pelukisnya...

    ...dan saya juga berharap agar kita akan menjadi anak yang taat kepada kedua ibubapa kita walau apa jua caranya.

    ReplyDelete
  3. Amalan taat kepada ibu bapa amat penting dan wajib diamalkan oleh kita semua.
    kita juga akan menjadi ibu bapa suatu hari kelak, jika kita tidak taat kepada ibu bapa kita sekarang, kelak nanti anak-anak kita juga akan berbuat demikian dengan kita.

    ReplyDelete
  4. Saya selalu bertanya pada diri sendiri: Adakah saya seorang anak yang taat? Adakah saya cukup menyayangi ibu dan bapa saya?
    Saya tahu, walaupun berapa kali dan berapa lama saya bertanya jawapannya tetap sama.TIDAK CUKUP.
    Saya bimbang juga 'Tidak Cukup' itu akan membuat diri saya rasa menyesal pada suatu hari nanti.
    Jadi, apa yang dapat saya lakukan ialah: buatlah apa saja yang mampu, mengurangkan yang dirasakan 'Tidak Cukup'.

    ReplyDelete