Saya mula mengajar di Hulu Langat pada tahun 2005. Saya telah menyewa rumah. Rumah itu kecil, tempat meletak kereta hanya dapat meletak satu kereta sahaja. Akan tetapi, saya dengan rakan serumah saya juga ada kereta (Proton Iswara). Dengan ini, kami terpaksa meletakkan kereta di depan rumah kami secara bergilir-gilir. (Kami memang meletakkan kereta di 'depan' rumah kami, bukan depan rumah orang lain.) Penghuni di sini juga biasa meletakkan kereta di depan rumah sendiri.Tuan rumah saya sangat baik dan mesra. Jiran sebelah saya -Encik Razak juga sangat baik. Saya tinggal di sana dengan selesa selama tiga tahun.Cerita saya bermula pada tahun yang keempat, iaitu tahun 2008. Encik Razak telah pindah dan Agu dan keluarganya telah pindah masuk.
Selepas itu, nasib malang saya pun bermula. Saya mengaku pernah satu kali saya melakukan kesalahhan. Hari itu hari raya. Kawan saya melawati saya, kami bersembang sehingga 11 malam, suara kami agak kuat. Agu datang ke rumah saya menegur saya, saya mengakui kesalahan saya. Saya meminta maaf dengan hati yang ikhlas.Adakah saya melakukan satu kesalahan dan hendak menerima hukuman berkali-kali?
Sejak hari itu, tayar kereta kami selalu pancit. Bukan ini sahaja, kereta kami juga selalu dirosakkan. Contohnya, logo Proton hilang dengan kesan dicabut oleh orang atau badan kereta dicalar. Jika sesiapa meletakkan keretanya di depan rumah kami juga akan timpa kemalangan ini tidak kira siang atau malam. Saya berasa hairan mengapa terjadi begitu. Saya tidak percaya ada sesiapa akan merosakkan kereta saya. Suasana di tempat tinggal biasanya aman. Kawan-kawan saya pernah syaki murid-murid saya. Akan tetapi murid-murid saya berkelakuan baik, saya tidak ingin syaki murid-murid saya.
Pada mula-mulanya, saya selalu meminta tolong dengan kawan-kawan saya, supaya menolong saya menukarkan tayar kereta saya. Akan tetapi, keadaan tersebut terlalu kerap. Hampir sebulan tayar kereta saya pancit dua kali? Terpaksalah saya belajar menukar tayar kereta walaupun kekurangan tenaga. Sekarang saya adalah pakar menukar tayar kereta. (Berbanding dengan wanita yang lain) Saya boleh menukar tayar kereta dalam masa yang singkat.Setiap pagi, saya mesti memeriksa kereta saya. Saya hidup dalam kerisauan. Saya selalu lewat ke sekolah kerana sibuk menukar tayar kereta. Nasib baiknya guru besar memahami keadaan saya. Saya pernah melaporkan polis kejadian ini, pihak polis menyatakan bahawa tidak boleh membuat apa-apa kerana tiada saksi.
Demi menyelesaikan keadaan ini, saya menukarkan kereta Kancil supaya saya dan rakan serumah saya meletakkan kedua-dua kereta dalam rumah. Tetapi keadaan ini terus berlaku. Ini bermaksud sekiranya, sesiapa yang merosakkan kereta saya, telahpun memanjat masuk ke rumah saya. (takutnya, berani betul penjahat itu!)Pada bula November, jiran saya (Agu) selalu menegur saya dengan perkataan yang cukup kasar bahawa saya selalu balik lewat ( saya balik dari UPM kira-kira 11pm) bunyi membuka pintu mengganggu dia tidur. (Tolong! Pintu itu pintu besi, mestilah ada bunyi. Saya telah sedaya upaya mengurangkan bunyi.) Yang paling melampau, dia menegur kami bahawa 'alarm' kereta saya bising. Apa yang boleh saya buat, tidak boleh menggunakannya? Setiap kali, dia menegur saya, saya cuma berdiam diri. Saya tidak mahu juga tidak berani berdialog dengan orang yang penuh dengan kata yang kasar. Isterinya pula asyik meminta maaf terhadap tingkahlaku suaminya. Tetapi apa gunanya?
Akhirnya, saya menyerah diri. Saya pindah dari sana. Sekarang saya tinggal ke taman baru. Walaupun lebih jauh dari sekolah saya, walaupun saya terpaksa belanja lebih banyak dalam menyewa rumah, tetapi saya gembira. Saya tinggal di rumah baru ini tenteram dan tenang. Selama enam bulan saya tinggal di sini, kereta saya tidak rosak lagi, tayar saya pun tidak pancit lagi.
Persoalan saya, siapa yang sering merosakkan kereta saya?Apakah tujuannya?Mengapa saya ada jiran yang begitu? Apa niatnya?
Friday, August 14, 2009
Suara hatiku
Bila saya tiba sini
Suasana hening dan sunyi
Penghuni tulus dan tenang
Saya rasa saya suka sini
Hari demi hari
Sini tidak lagi aman
Sini tidak lagi sentosa
Sini tidak lagi Tenteram
Lima tahun saya singgah sini
Masa muda telah saya korban
Bila saya akan pulang ke tempat saya
Tanya tuhan tanya takdir
Suasana hening dan sunyi
Penghuni tulus dan tenang
Saya rasa saya suka sini
Hari demi hari
Sini tidak lagi aman
Sini tidak lagi sentosa
Sini tidak lagi Tenteram
Lima tahun saya singgah sini
Masa muda telah saya korban
Bila saya akan pulang ke tempat saya
Tanya tuhan tanya takdir
Friday, August 7, 2009
Adakah saya bahagia?
Inilah soalan yang selalu mempersoalkan diri saya pada beberapa minggu ini. Ini berkemungkinan saya berasa tekanan dalam beberapa minggu ini. Pada minggu lepas, saya menghidapi deman selesema sehingga hari ini saya masih batuk. Adakah saya salah satu mangsa penyakit A H1N1? Pada minggu lepas juga, UPM telahpun terpaksa cuti seminggu disebabkan penyakit A H1N1. Saya sakit UPM cuti. Adakah saya bernasib baik? Akan tetapi, banyak kerja kursus saya terpaksa tertangguh kerana saya tidak dapat berjumpa dengan pensyarah.
Sebenarnya, saya berasa amat tertekan kerana kerja kursus yang banyak. Saya amat bimbang kerja kursus ini tidak dapat dihabiskan dalam masa yang ditetapkan. Saya juga takut kerja kursus yang saya buat bukan apa yang diharap oleh pensyarah saya. Tambahan pula, kerja-kerja di sekolah yang banyak. Adik saya yang nakal juga membimbangkan saya. Emak saya pula, barulah menerima rawatan di hospital. Akan tetapi saya tidak dapat melawatinya, kerana kerja dan tanggungjawab saya yang begitu berat. Saya memang banyak masalah. Saya berasa tertekan sehingga tidak dapat tidur dengan baik pada waktu malam? Adakah saya bahagia?
Setiap manusia mempunyai cita-cita sendiri. sesetengah orang ingin menjadi orang yang ternama. Ada yang ingin mendapatkan kekayaan. Ada pula ingin mempunyai muka yang cantik dan badan yang damping. Ataupun sesetengah orang pula ingin mendapatkan keputusan baik.
Bagi saya, permintaan saya amat mudah. Saya ingin menjadi seorang wanita yang biasa. Saya tidak perlu keputusan yang baik, muka yang cantik, badan yang damping, kekayaan atau apa-apa. Akan tetapi, apa yang saya inginkan ialah... Makan dengan cukup, tidur dengan lena, badan sihat. Inilah sudah cukup. Adakah saya tamak? Adakah saya kurang semangat. Saya tidak mahu peduli. Saya juga tidak larat peduli pandangan orang lain. Saya cuma tahu saya ingin gembira.
Saya sudah 26 tahun, tidak apa yang saya tercapai dalam jiwa saya. Saya hanya tahu kawan-kawan, keluarga saya, rakan sekerja saya, semua orang dikeliling saya, sayangkan saya. Adakah saya bahagia?
Saya tidak pernah cedera parah. Saya juga tidak ditinggal oleh orang kesayangan saya. Saya pun tidak mengalami kemiskinan yang dialami seperti pengemis. Adakah saya bahagia?
Selepas saya menulis blog, saya tahu saya bahagia, saya kena bersyukur terhadap segala yang saya punyai.Saya tidak akan mengadu lagi.Saya juga berdoa kawan-kawan yang membaca blog saya ini boleh bahagia seperti saya.
Wednesday, April 15, 2009
Hari kanak-kanak antarabangsa
Hari Kanak-kanak Antarabangsa diraikan di banyak negara, biasanya pada 1 Jun setiap tahun, tetapi tidak semestinya.ICD berasal daripada Persidangan Dunia untuk Kesejahteraan Kanak-kanak di Geneva, Switzerland pada tahun 1925. Tidaklah jelas mengapa 1 Jun ditetapkan sebagai Hari Kanak-kanak Antarabangsa. Sebuah teori mengatakan bahawa konsul-jeneral Republik China di San Francisco (Amerika Syarikat) mengumpulkan sebilangan anak yatim Cina untuk meraikan Perayaan Perahu Naga pada tahun 1925 yang jatuh pada 1 Jun tahun tersebut dan kebetulan dengan persidangan di Geneva.
Sejak dari masa itu, 1 Jun telah diamalkan sebagai Hari Kanak-kanak Antarabangsa oleh banyak negara, khususnya oleh negara-negara komunis; di Dunia Barat, hari ini biasanya diraikan pada hari-hari yang lain (jika diraikan) dan seringnya, tidak terdapat banyak kesedaran umum tentang perayaan tersebut. Oleh itu, kekadang terdapat tanggapan salah bahawa hari 1 Jun sebagai Hari Kanak-kanak Antarabangsa merupakan sebuah rekaan komunis. Walaupun demikian, sesetengah kumpulan di Amerika Syarikat telah memulakan pengamalan Hari Kanak-kanak Antarabangsa pada 1 Jun pada tahun-tahun kebelakangan ini.
Roti canai
Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandarChennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.
Kepentingan kelapa sawit
Industri makanan berasaskan minyak sawit di Malaysia telah mengalami perkembangan pesat sejak tiga dekad yang lalu. Kawasan tanaman sawit meningkat daripada anggaran satu juta hektar dalam tahun 1980 kepada dua juta hektar dalam tahun 1990, dan hari ini ia berada pada keluasan 3.8 juta hektar, bersamaan dengan lebih 500 juta pokok sawit.

Nilai eksport minyak sawit pada tahun 2003 berjumlah RM 26.15 bilion ketika harga purata minyak sawit mentah berada pada paras RM 1,544 satu tan. Hari ini, Malaysia menyumbang anggaran 50 peratus daripada pengeluaran minyak
sawit dunia dan anggaran 60 peratus daripada jumlah dagangannya.Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa sejumlah besar keluasan kawasan tanaman minyak sawit yang telah dikatakan ditanam di dalam kawasan hutan tropika, sebenarnya ditanam di kawasan hutan pembalakan, atau ditanam semula di dalam kawasan yang sebelum itu ditanam dengan tanaman lain.
Sejumlah besar keluasan kawasan tanaman ini ditanam semula dengan kelapa sawit kerana ia tanaman yang lebih menguntungkan.Nilai pelaburan terkini dalam industri minyak sawit Malaysia dianggarkan sekitar RM62 bilion dengan sejumlah besar
pembiayaan ini diperoleh dalam negeri.Peningkatan secara meluas penanaman sawit ini membawa pembangunan yang amat diperlukan di kawasan luar bandar, dan telah menjadi tulang belakang ekonomi luar bandar. 290,000 pekebun kecil di skim tanah kerajaan serta pekebun kecil persendirian, bergantung sepenuhnya kepada tanaman ini untuk kehidupan harian mereka.

Dari segi penghasilan minyak sawit mentah (CPO), pengeluaran dicatat pada 13.35 juta tan dalam tahun 2003 daripada sejumlah 370 kilang buah sawit di seluruh negara.Industri ini juga turut terbabit secara meluas dalam aktiviti hiliran, daripada penapisan sehingga kepada penghasilan minyak masak dan oleokimia
Malaysia mempunyai jumlah penduduk yang agak kecil seramai 24 juta orang dan dengan itu, penggunaan minyak sawit secara tempatan adalah agak terhad.Oleh kerana itu, lebih 90 peratus pengeluaran minyak makan tahunan telah dieksport, menjadikan hasil sawit punca pendapatan tukaran wang asing yang penting untuk negara ini, serta tonggak ekonomi negara.
Malaysia mempunyai jumlah penduduk yang agak kecil seramai 24 juta orang dan dengan itu, penggunaan minyak sawit secara tempatan adalah agak terhad.Oleh kerana itu, lebih 90 peratus pengeluaran minyak makan tahunan telah dieksport, menjadikan hasil sawit punca pendapatan tukaran wang asing yang penting untuk negara ini, serta tonggak ekonomi negara.

Nilai eksport minyak sawit pada tahun 2003 berjumlah RM 26.15 bilion ketika harga purata minyak sawit mentah berada pada paras RM 1,544 satu tan. Hari ini, Malaysia menyumbang anggaran 50 peratus daripada pengeluaran minyak
sawit dunia dan anggaran 60 peratus daripada jumlah dagangannya.Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa sejumlah besar keluasan kawasan tanaman minyak sawit yang telah dikatakan ditanam di dalam kawasan hutan tropika, sebenarnya ditanam di kawasan hutan pembalakan, atau ditanam semula di dalam kawasan yang sebelum itu ditanam dengan tanaman lain.Contohnya, daripada tahun 1990 hingga 2000, ketika kawasan tanaman kelapa sawit di Malaysia meningkat sebanyak 1.4 juta hektar, kegiatan menanam getah, koko dan kelapa masing-masing menurun sebanyak 0.4, 0.3 dan 0.2 juta hektar.
Sejumlah besar keluasan kawasan tanaman ini ditanam semula dengan kelapa sawit kerana ia tanaman yang lebih menguntungkan.Nilai pelaburan terkini dalam industri minyak sawit Malaysia dianggarkan sekitar RM62 bilion dengan sejumlah besar
pembiayaan ini diperoleh dalam negeri.Peningkatan secara meluas penanaman sawit ini membawa pembangunan yang amat diperlukan di kawasan luar bandar, dan telah menjadi tulang belakang ekonomi luar bandar. 290,000 pekebun kecil di skim tanah kerajaan serta pekebun kecil persendirian, bergantung sepenuhnya kepada tanaman ini untuk kehidupan harian mereka.Hasil pendapatan daripada sawit membawa kesan penting dalam mengekalkan kestabilan sosioekonomi golongan ini. Tambahan pula, seramai 180,000 lagi pekerja di ladang sawit dengan jumlah pendapatan dan kebajikan mereka yang lain, adalah penyumbang besar kepada kestabilan politik dan sosio-ekonomi terutamanya ketika krisis kewangan Asia sekitar tahun 1997-1998.
Subscribe to:
Posts (Atom)